Aliff Aziz Kena Belasah Pulak!

KETIKA bekas isterinya, Bella Astilah menyatakan kesediaan untuk menerimanya semula hari ini, Aliff Aziz sekali lagi mencetus kontroversi apabila video dia dipukul seorang lelaki pula tular.

Beberapa minggu lalu, turut tular video memaparkan Aliff bertengkar mulut dan hampir bergaduh di hadapan restoran di Singapura.

Dalam kejadian terbaru ini, Aliff didakwa mencetuskan kekecohan apabila bergaduh di kaki lima sebuah restoran dipercayai di Singapura.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter, Pio Dhurjana hari ini, Aliff yang memakai singlet putih dan berseluar pendek berwarna biru dilihat terbabit dalam pergaduhan.

Dalam kejadian itu, Aliff dipukul bertubi-tubi oleh seorang lelaki sebelum melarikan diri.

Difahamkan, Aliff dalam keadaan mabuk sehingga mencetus pergaduhan di tempat awam. Bagaimanapun, pergaduhan itu dapat dileraikan sebelum pihak berkuasa berada di tempat kejadian.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian turut membantu memapah Aliff beredar dari situ.

Video pertama yang dimuatnaik mencecah 22,000 tontonan dan lebih 600 ulang ciap.

Bagi video kedua pula ia ditonton lebih 13,000 pengguna laman sosial itu. – myMetro Online

Loading...