Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sikap Peniaga Cina Ini...

KISAH ini asalnya telah dikongsikan di pautan Facebook Nadzmi Nadzir, menceritakan bagaimana pengalamannya berurusan dengan...

Najib Faham Isu Yang...

KUCHING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memahami isu-isu yang dihadapi...

2 Lelaki Miliki Wang...

TAWAU - Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di...

IIBD Lonjak Daya Saing...

JOHOR BAHRU - Projek Daerah Perniagaan Antarabangsa Ibrahim (IIBD) yang sedang dilaksanakan di...

Penyanyi Alif Satar Sah Bergelar Suami Shadila Halid

JARANG-jarang sekali orang mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada hari bekerja, tapi ini berlainan sekali buat penyanyi Alif Satar yang akhirnya sah bergelar suami kepada pasangannya, Shadila Halid, pada hari ini.

Ini kerana 15 September merupakan ulang tahun kelahiran Alif dan mungkin disebabkan itu penyanyi Jangan Nakal ini memilih tarikh tersebut agar mudah untuk diingati hari ulang tahun perkahwinannya.

Majlis pernikahan itu diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, KL pada jam 11.40 pagi tadi.

Menurut sumber Murai, Alif menyerahkan mas kahwin RM80, wang hantaran RM19,000 berserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.

Majlis resepsi kedua-dua pihak akan diadakan pada 20 September ini.

Antara rakan artis yang hadir pada majlis pernikahan Alif adalah Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.


Isteri Alif merupakan staff Datuk Siti Nurhaliza menerusi syarikatnya, SimplySiti. – MYNEWSHUB.CC

 

alif

siti

Oleh: AUDREY LEE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori