Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Syarikat Multinasional Digalak Sertai...

KUALA LUMPUR - Syarikat multinasional digalak menyertai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), seiring...

Pameran Ternakan, Festival Makanan...

PUTRAJAYA - Pameran dan Persidangan Ternakan Malaysia 2017 yang akan turut melibatkan Festival Makanan...

Seksyen 8 Lebuhraya WCE...

TELUK INTAN - Jajaran Seksyen 8 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghubungkan Hutan...

Nora Danish Tak Campur...

KEMELUT antara pelakon Fasha Sandha dan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai...

“Alhamdulillah Program Imunisasi Covid-19 Berjalan Dengan Baik”

KUALA LUMPUR – Jumlah pemberian vaksin harian yang tinggi membuktikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan pada 24 Februari lalu berjalan dengan baik, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Alhamdulillah vaksinasi sudah meningkat… semalam lebih 156,000 orang (terima suntikan vaksin) dan ia akan meningkat sampai 200,000 ke 250,000 pada Julai dan seterusnya 300,00 hingga 400,000 sehari.

“Ini membuktikan program imunisasi berjalan dengan baik dan yang penting kita nak lebih ramai mendaftar dengan MySejahtera ini (untuk mendapatkan suntikan vaksin).

“Tidak perlu bimbang dan takut kerana terbukti, dengan vaksin kita ada perlindungan atau antibodi bagi menjauhkan kita daripada wabak Covid-19,” katanya. 

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia dan meninjau pusat pemberian vaksin secara pandu lalu Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. 

Muhyiddin berkata, kerajaan memberi jaminan setiap rakyat yang layak mendapat suntikan vaksin akan menerimanya bagi mencapai sasaran imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini seterusnya memastikan keadaan negara termasuk sistem kesihatan bertambah baik selain ekonomi terus pulih. 


“Sebab itu kita tambah pusat pemberian vaksin (PPV) sehingga 600, unit bergerak dan pandu lalu, kita pergi ke luar bandar supaya tiada rakyat yang patut dapat vaksin tertinggal. 

“Ada sesetengah tempat ada orang kurang upaya (OKU), kita pergi ke kawasan mereka untuk (mudahkan mereka) dapat rawatan dan langkah yang kita ambil ini adalah secara holistik iaitu ‘whole of society, whole of government’ bagi menentukan kita berjaya memerangi wabak Covid-19,” kata beliau. 

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata penguatkuasaan Ordinan Darurat bagi membendung penularan wabak Covid-19 berjaya memastikan sistem kesihatan di negara ini tidak runtuh. 

Perdana menteri berkata, menerusi ordinan itu, Kementerian Kesihatan boleh menggunakan peruntukan yang ada untuk mengambil alih dan menggunakan mana-mana hospital termasuk swasta bagi dijadikan hospital khusus merawat pesakit Covid-19. – BERNAMA

Kategori