Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Liga Super: Kedah Tempang...

SKUAD Hijau Kuning berdepan laluan sukar untuk merampas kembali takhta Liga Super apabila...

Bina Rumah Hargai Pelakon...

SABAK BERNAM - Bagi mengenang dan menghargai bakat pelakon Melayu klasik Allahyarham Nordin...

Itu Keputusan Biro Politik,...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan tempoh 14...

Beijing Berang Kapal Perang...

BEIJING – Sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) belayar merentasi Laut China Selatan...

Alhamdulillah, Dr Zulkifli Sudah Keluar Wad

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dibenarkan keluar dari wad di sebuah hospital di Seremban hari ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh beliau menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini.

Menurutnya, buat masa ini dia sedang berehat di rumah atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya sudah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, ahli jemaah menteri, ulama di seluruh dunia yang menghantar mesej kepada saya dan semua rakyat Malaysia yang mendoakan saya.

“Tidak lupa kepada Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan dan warga Kementerian Kesihatan khususnya di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban,” katanya.

Beliau menjalani rawatan selepas disahkan positif Covid-19, 5 Oktober lalu.


Dr Zulkifli berkata, buat masa ini dia disarankan untuk tidak bertemu sesiapa dan sebarang pertemuan adalah melalui sidang video saja.

Katanya, dia akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi agama di bawah tanggungjawabnya dari rumah.

“Fokus utama saya ketika ini ialah penyampaian bantuan kepada kelompok sasar terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

“Saya doakan semoga rakyat Malaysia yang menghidap Covid-19 segera sembuh dan dapat kembali meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta,” katanya. – myMetro Online

Kategori