Alef One Terbit Drama Bersiri Kehilangan Pesawat MH370

PARIS – Pengedar Banijay Rights telah menjalinkan kerjasama dengan Alef One dan rangkaian televisyen France Televisions bagi menerbitkan drama siri tentang kehilangan penerbangan MH370.

Sebanyak enam drama yang berdurasi 52 minit setiap satu itu menerokai kehilangan pesawat Boeing, B777 milik Malaysia Airlines pada 2014, lapor Television Business International.

Drama tersebut berdasarkan karya Ghyslain Wattrelos dan wartawan, Florence de Changy yang menyiasat tentang kehilangan pesawat tersebut.

Wattrelos kehilangan isteri dan dua orang anak dalam insiden tersebut.

Alef One merupakan penerbit drama bersiri dalam bahasa Inggeris yang akan disiarkan di Perancis oleh France Televisions. Banijay Ringhts memegang hak pengedaran. – Agensi

Loading...