Alec Baldwin Didakwa Tumbuk Lelaki Di New York

NEW YORK – Pelakon Hollywood, Alec Baldwin diberkas dan didakwa menyerang seorang lelaki berusia 49 tahun, dengan menumbuknya di muka dalam satu perbalahan di sebuah tempat meletak kenderaan di sini, semalam.

Menurut polis, aktor berusia 60 tahun yang terkenal dengan watak sebagai Presiden Donald Trump, dan tinggal di pinggir bandar Manhattan bersama isteri keduanya dan empat anak mereka, ditahan di Greenwich Village.

“Polis menerima panggilan pada jam 1.30 (waktu tempatan) mengenai insiden serangan. Ketika tiba di lokasi, kami dapati ia membabitkan kes dua lelaki yang serang berebut satu tempat meletak kenderaan,” kata jurucakap polis.

“Difahamkan mangsa sudah meletakkan kenderaannya dan cuba memberi tiket meletakkan kereta, ketika ia terbabit dalam perbalahan dengan Baldwin, yang kemudian menumbuknya di muka,” kata pegawai polis itu.

Katanya, lelaki itu yang tidak didedahkan identitinya itu kemudiannya dibawa ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil, manakala Baldwin sudah ditahan.

“Baldwin kemudiannya didakwa melakukan serangan tahap ketiga dan gangguan tahan kedua.

“Beliau diarah hadir di mahkamah pada 26 November ini,” kata jurucakap polis. – AFP/BH ONLINE

Loading...