Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Harga Pasaran Getah Malaysia...

KUALA LUMPUR – Pasaran getah Malaysia meningkat hari ini berikutan jangkaan peningkatan penghantaran...

Perkhidmatan Kaunter PLKS Diteruskan...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan pembaharuan pas lawatan kerja sementara (PLKS) di kaunter Jabatan...

Coronavirus: Jangan Pembelian Panik...

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembelian panik dengan mendapatkan...

Salah Guna Kuasa: Pegawai...

KOTA KINABALU - Seorang pegawai kanan polis hari ini mengaku tidak bersalah di...

Alasan Gugur Semak Kes Batu Puteh Tidak Konkrit – PAS

PENGGUGURAN semakan semula kes Batu Puteh yang dipertikaikan dengan Singapura oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak konkrit dan perlu penjelasan lebih lanjut, kata Ahli Parlimen PAS dari Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.

Menurut Amzad, keputusan tidak menyemak semula kes itu yang dibuat oleh kerajaan PH tanpa rundingan dengan peguam negara pada masa itu.

Keputusan itu dibuat sebelum kabinet kerajaan PH dan menteri-menteri kanan kerajaan dilantik oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Walau bagaimanapun, kerajaan baharu pasca PRU14 membuat keputusan menggugurkan semakan semula kes tersebut dengan alasan Tan Sri Mohamad Apandi Ali yang merupakan ejen mewakili Malaysia telah diarahkan bercuti dan pada masa sama tindakan segera perlu dibuat bagi menentukan hala tuju kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amzad turut menimbulkan persoalan mengenai penemuan fakta baharu pada Ogos 2016 berhubung kedudukan pulau dipertikaikan itu.

“Apakah pendirian rasmi kerajaan terhadap penemuan fakta baharu pada 4 Ogos 2016 oleh Dato’ Abu Bakar As-Sidek bin Dato’ Mohamed Sidek dan Dato’ Firoz Hussein bin Ahmad Jamaludin,” soalnya.

Beliau turut mempersoalkan “apakah rundingan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia – Singapura (MSJTC) pada tahun 2009 yang ditugaskan untuk melaksanakan penghakiman ICJ tersebut?”


Amzad turut menyoal sama ada kerajaan akan merangka garis “persempadanan maritim yang jelas terhadap pertindihan wilayah perairan Batu Tengah dan Tubir Selatan yang menjadi milik Malaysia dengan Batu Puteh yang dimiliki pihak Singapura.”

Katanya, kawasan tersebut pernah menjadi kawasan “lubuk emas” bagi nelayan Malaysia dan kehilangannya amat dikesali.

Jelas beliau, walaupun Malaysia menghormati undang-undang antarabangsa, kerajaan Malaysia tidak boleh memandang mudah kehilangan wilayah itu. – Mynewshub.tv

Kategori