Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Abu Sayyaf Terdesak Mahu...

KOTA KINABALU - Kumpulan lelaki bersenjata yang menyimpan empat rakyat Malaysia di kubu...

Pekerja KTM Kutuk Sikap...

"WEIII syaitonnn.......tak terbangnya 'burung punai' engko kalau setakat cuci pinggan, buang sampah dan...

COVID-19: ASEAN, Dunia Hadapi...

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 yang sedang dihadapi ASEAN dan seluruh dunia memberi...

Berhati-Hati Tangani Propaganda Antivaksin

KUALA LUMPUR - Kira-kira seminggu lepas, saya menerima perkhabaran bekas rakan sekerja saya...

Alamak! Zaid Tuduh DAP Sebagai Parti Cina Pulak

KANTOI… Ini bukan tuduhan dilemparkan oleh pemimpin UMNO atau macai mereka tetapi ahli DAP sendiri yang megah bangga dapat menyertai parti itu sebagai anggota bertaraf seumur hidup.

Bagaimanapun, ramai pemerhati politik tempatan dilaporkan ketawa geleng kepala. Apa sudah jadi wahai Datuk Zaid Ibrahim apabila selamba mendakwa DAP yang dianggotainya sejak 12 bulan lalu sebagai sebuah “parti Cina”.

Kenyataan terbaharu ini yang diluahkan menerusi laman sosial Twitter milik beliau, menurut media tempatan dikatakan sebagai reaksi selepas gagal mendapat ruang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Parti Cina dalam Pakatan Harapan sudah mengumumkan mereka telah pun ada dua bakal menteri. Mungkin akan ada lagi selepas ini. Parti-parti Melayu pula senyap sahaja dalam isu itu. Begitulah biasanya sikap orang Melayu.

“Malu dan segan untuk menyuarakan pendapat. Tiada apa yang berubah,” tulis Zaid dalam nada sindiran menerusi akaun Twitter tersebut kelmarin sehingga tular dan mendapat reaksi luas daripada ramai netizen propembangkang.

Untuk rekod, Zaid yang juga merupakan bekas menteri portfolio undang-undang adalah antara tokoh yang dibawa masuk DAP ke dalam parti itu bagi menangkis imej sebagai parti totok Cina yang sering dilontarkan kepada mereka.

Zaid malahan selepas menjadi ahli DAP sering berulang kali menyatakan komitmen beliau untuk memerangi persepsi negatif tersebut seolah-olah seperti kesungguhan pihak berkuasa dalam memerangi ideologi songsang.

Sebelum ini, Zaid pernah dilaporkan meluahkan kekecewaan apabila menyifatkan dirinya senasib malang dengan pemimpin veteran terkenal DAP, Dr. Tan Seng Giaw yang tidak dicalonkan untuk bertanding pada PRU ke-14.


Doktor perubatan yang berasal dari Kelantan serta fasih membaca dan menulis jawi itu tidak dicalonkan di Parlimen Kepong selepas memegang kerusi itu selama lapan penggal akibat lantang mengkritik parti dalam isu panas 1MDB.

“Tan dibuang selepas 30 tahun, saya pula selepas 12 bulan,” jelas Zaid merujuk nasib dirinya gagal dicalonkan untuk bertanding walhal sebelum ini ketika bersama-sama PKR, beliau pernah bertanding di pelbagai kerusi tertentu.

Kicauan Zaid menerusi Twitter itu seolah-olah menyindir Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebagai calon untuk kerusi parlimen Teluk Intan pada malam kelmarin.

Guan Eng malah membuat membuat kejutan apabula berkata Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong akan dilantik sebagai menteri pusat jika Pakatan Harapan menawan Putrajaya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori