Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hotel 4 Bintang Rugi...

KUANTAN - Sebuah hotel empat bintang di Sungai Karang di sini kerugian sebanyak...

Beri Peluang Bakat Muda...

KOTA BHARU - Pihak berkaitan perlu memberi perhatian kepada bakat muda dan memberi...

Pasangan Diraja Sahkan Bakal...

DUKE and Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton mengesahkan mereka bakal...

‘Tan Sri’ Antara 5...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Al-Sultan Abdullah Dimasyhurkan Canselor UiTM

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima pelantikan sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Watikah pemasyhuran Seri Paduka sebagai Canselor UiTM dipersembahkan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor UiTM di Dewan Agung Tuanku Canselor.

Pemasyhuran Al-Sultan Abdullah adalah mengikut Seksyen 19A (2) Akta UiTM 1976 yang memperuntukkan bahawa Canselor ialah Yang di-Pertuan Agong.

Al-Sultan Abdullah bertitah, UiTM perlu menyediakan pengajian yang mengkaji pemikiran, kepintaran serta budaya kepelbagaian bangsa yang merentasi zaman sebagai bekalan untuk memartabatkan bangsa tanpa merubah identiti dan matlamat asal penubuhan universiti ini.

Titah baginda, ini bagi menentukan bangsa Melayu dan Bumiputera terus berdaya saing di pentas global.

“Di zaman keagungan Islam, Khalifah Umar Al-Khattab telah menyarankan ilmu pengetahuan yang berguna kepada anak-anak ialah berupa ilmu pengetahuan bagi zaman akan datang.

“Melalui pendidikan ini, ia boleh merubah jiwa dan stigma Bumiputera dengan membina keyakinan diri bahawa bangsa Melayu dan Bumiputera mampu bersaing di persada dunia,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah juga percaya jika sesuatu bangsa itu ingin merubah dan mengatasi cabaran yang mendatang hendaklah memiliki modal insan berilmu pengetahuan dan memiliki pegangan spiritual serta sahsiah yang unggul.


Justeru, baginda menitahkan UiTM turut mempunyai tanggungjawab besar untuk menyemak nilai integriti dalam usaha melahirkan graduan yang berkualiti tinggi.

“Nilai integriti ini mesti juga tersemat dalam tunjang kepimpinan sesebuah organisasi kerana kepimpinan yang beretika dan berwibawa akan menjamin kecemerlangan organisasi.

“Saya menyeru kepada sekalian warga untuk sama-sama membudayakan amalan integriti dalam semua aspek kehidupan agar menjadi insan yang bermoral, beretika dan terpuji,” titahnya.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah menyeru kepada sekalian rakyat negara ini untuk mengelakkan sebarang tingkah laku mahu pun pertuturan yang boleh mengakibatkan berlakunya perpecahan dan perbalahan, serta fitnah dan hasad dengki.

“Semua ini akan hanya mengundang kemusnahan kepada tamadun bangsa dan kemajuan negara yang telah sekian lama terbina,” tegas baginda. – K! ONLINE

Kategori