Al Sharq Forum Buka Pejabat Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Al Sharq Forum, sebuah organisasi pemikir bebas pro-demokrasi, telah membuka pejabat cawangannya di Kuala Lumpur.

Satu majlis bagi menandakan pembukaannya yang telah diadakan malam ini dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.​

Ditubuhkan pada tahun 2012, Al Sharq Forum merupakan sebuah organisasi pemikir bebas antarabangsa dengan misi melaksanakan penyelidikan dan pembangunan strategi untuk mempromosikan keadilan sosial dan ekonomi ke seluruh dunia terutamanya di Tmur Tengah.​​​​​​​

Presidennya Wadah Khanfar berkata sebagai inisiatif pertama mereka di negara ini, organisasi itu akan menganjurkan persidangan tahunan Al Sharq buat kali ke-5 di Kuala Lumpur tahun hadapan.​​​​​​​

Katanya acara yang akan diadakan April tahun hadapan itu akan menganjurkan siri ceramah intelektual, dialog, perdebatan dan perbincangan mengenai prospek dan trend masa hadapan.

“Persidangan itu akan menampilkan penceramah tempatan dan antarabangsa di mana para peserta dapat berkongsi pengetahuan serta pengalaman mereka,” katanya. – BERNAMA

Loading...