Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ini Baru Betul Abang...

SEMALAM tular menerusi laman sosial apabila instafamous Dena Bahrin telah memuat naik satu...

Wanita Mabuk Tak Sedar...

Itulah, ada sebabnya kenapa Islam melarang umatnya untuk mengambil minuman beralkohol. Kisah benar...

Pegawai Kedutaan Mahu Tahu...

SEPANG - Seorang pegawai Kedutaan Korea Utara hari ini mendakwa pihak kedutaan itu...

Sambutan Deepavali Tidak Diadakan...

SEREMBAN - Majlis sambutan Deepavali peringkat negeri tidak akan diadakan sebagai menghormati tragedi...

“Saya Tewas Kerana Ketidakadilan” – Al Jufferi

JAKARTA – Jaguh pencak silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari meraih pingat perak selepas tewas dalam aksi final saingan Kelas E Putra penuh kontroversi di Padepokan Pencak Silat Taman Mini Indonesia Indah di sini, hari ini.

Mohd Al Jufferi yang merupakan juara dunia 2016 dan pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) disahkan tewas kepada pesilat Indonesia, Komang Harik Adi Putra setelah menarik diri berbaki dua saat sebelum aksi tamat.

Tindakan itu dibuat Al Jufferi selepas mendakwa aksi final yang disaksikan ribuan penyokong tuan rumah telah dicemari keputusan berat sebelah oleh juri yang mengadili perlawanan akhir tersebut.

“Perlawanan itu saya yang menang. Ketidakadilan itu jelas berlaku dan saya tidak menyalahkan sesiapa meskipun pesilat (Komang) tetapi ia adalah masalah berpunca daripada juri.

“Ia adalah perlawanan yang tidak adil sebab itu saya keluar dari gelanggang. Sebagai Olahragawan negara, saya kecewa dan tidak boleh menerima keputusan tersebut. Saya menghormati semua pihak tetapi saya tidak boleh nak hormat juri tersebut,” katanya ketika ditemui media Malaysia selepas upacara penyampaian pingat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya sukan pencak silat ini terus dicemari dengan ‘permainan’ kotor ia mungkin akan menutup peluang sukan itu untuk terus dipertandingkan pada edisi akan datang.


“Saya tahu China (tuan rumah Sukan Asia 2022) berminat untuk menyenaraikan sukan ini pada edisi akan datang dan tindakan (tidak adil) ini mungkin akan memberi kesan negatif. Saya menarik diri juga kerana ini mahu mereka (China) melihat sendiri bagaimana sukan pencak silat ini dimainkan,” tambahnya.

Pada aksi final itu, Al Jufferi bermula dengan perlahan apabila ketinggalan 1-4 pada pusingan pertama, namun berjaya bangkit mendahului 3-2 di penghujung pusingan kedua.

Bagaimanapun, keputusan itu berubah dalam keadaan penuh kontroversi apabila setiap pukulan dan tendangan Al Jufferi tidak dikira beberapa juri sebaliknya markah diberikan kepada pesilat tuan rumah yang mengakibatkan beliau mengambil keputusan bertindak keluar daripada gelanggang. — BERNAMA

Kategori