Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dua Askar Mexico Maut...

MEXICO CITY - Pihak berkuasa Mexico menemui dua mayat askar yang hilang selepas...

Lelaki Tertua Meninggal Dunia...

SAKARI Momoi yang mendapat pengiktiran Guinness World Records sebagai lelaki tertua di dunia dilaporkan...

RCI Wang Kelian: EAIC...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak membuka kertas siasatan terhadap anggota...

Penganggur Dera 3 Anak...

KUALA LUMPUR - Perbuatan tidak berperikemanusiaan seorang penganggur yang mendera tiga anak teman...

AL-FATIHAH: Zaibo Meninggal Dunia

PETALING JAYA – Selepas enam bulan menyedari hidupnya menderita akibat kanser esofagos pelakon Zaibo akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.30 petang Rabu.

Berita sedih itu disahkan kepada mStar Online oleh isterinya Siti Hawa Sawal.

“Abang Zaibo dah tiada… minta doakan dia ya,” katanya ringkas sambil menahan sebak di dada tanpa mampu bercakap panjang.

Siti Hawa, 52, berkata, jenazah akan dikebumikan pada hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, tidak menyedari dia menghidap kanser tahap empat sehinggalah pada Ramadan lalu dia tidak boleh menelan makanan.

Namun selepas mendapatkan rawatan di hospital, doktor memaklumkan dia menghidap kanser dan akhirnya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Selayang beberapa bulan lalu.

Dia juga turut berusaha berubat secara tradisional di Johor.


Zaibo membintangi sitkom Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti fantasi muzik Magika dan Awan Dania The Movie.

Dia juga memainkan peranan kecil dalam filem Hollywood, Anna and The King.

Zaibo juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu Under One Roof pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.

Pada Isnin lalu, Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim meluangkan masa melawatnya bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah. – mStar Online

Kategori