Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Tak Pergi Ke...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mendengar bahawa bekas perdana menteri, Datuk Seri...

Moratorium Automatik 6 Bulan...

KUALA LUMPUR - Moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan akan diberi...

Almy Nadia Terkejut Dituduh...

SIAPA yang tak marah apabila tanpa usul periksa secara tiba-tiba dituduh sombong oleh...

Hakim Baharu Akan Dengar...

KUALA LUMPUR – Kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang...

AL-FATIHAH: Ustaz Radzi Melissa Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Bekas penyanyi kumpulan rock Melissa, Ustaz Radzi meninggal dunia di atas pentas Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana di sini pada pukul 11.15 malam tadi.

Difahamkan Allahyarham bersama rakannya daripada kumpulan Melissa menjayakan persembahan program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ustaz Radzi atau nama sebenarnya Mohd. Radzi Abdul Hamid, 52, merupakan orang terakhir menjayakan persembahan dan berada di atas pentas sekitar pukul 10.30 malam untuk menyanyikan lagu pertama berjudul Kami Mat Rock.

Namun, selepas hanya beberapa saat di atas pentas Allahyarham rebah dalam keadaan bersujud dan disahkan meninggal dunia akibat kekurangan oksigen oleh pasukan perubatan yang memberi bantuan.

Jenazah Allahyarham yang diiringi dua anaknya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.


Kumpulan Melissa yang aktif pada tahun 1990-an cukup terkenal dengan lagu Cinta Untuk Nabila. – K! ONLINE

Kategori