Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PDRM Ambil 9,000 Anggota...

MELAKA - Polis Diraja Malaysia akan mengambil kira-kira 9,000 anggota dan pegawai baharu...

Ops Warta: 12,880 Pesalah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12,880 pesalah trafik telah menyerah diri kepada polis di...

Mahathir Akui DAP Paling...

BONGKAR... Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mengakui DAP memainkan peranan penting dalam tentu...

‘Semua Ahli Parlimen Kerajaan...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan semua Ahli Parlimen...

Al-Fatihah: Pelawak Veteran Pie Meninggal Dunia

BALIK PULAU – Pelakon dan pelawak veteran tanah air Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Piee meninggal dunia di rumah anak perempuannya di Teluk Bahang, dekat sini pada pukul 9 malam tadi akibat sakit tua.

Sahabat akrabnya yang juga penggiat seni, Omar Md. Hashim yang mengesahkan perkara itu berkata beliau mengetahui mengenai kematian Piee, 85; setelah dimaklumkan oleh anak perempuan Allahyarham yang dikenali sebagai Subariah.

“Anaknya kini sedang menguruskan jenazahnya dan jenazah dijangka akan dikebumikan esok selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Teluk Bahang,” katanya.

Tinjauan Bernama di kediaman rumah anak Allahyarham mendapati orang ramai terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan Allahyarham mula memenuhi perkarangan rumah itu untuk menziarahi jenazah Piee.

Shapiee dilahirkan pada 9 Januari 1931 dan telah bergiat aktif sebagai pelakon dan pengacara sejak tahun 1980-an, selain telah membintangi dalam pelbagai filem tempatan seperti Mami Jarum, Nana Tanjung dan Kongsi.

Sementara itu, Subariah ketika ditemui berkata ayahnya sering memintanya untuk tidak bekerja dan menemaninya di rumah.

Dia yang merupakan anak kelima berkata Allahyarham ditemani anak dan keluarga terdekat semasa menghembuskan nafas terakhir dan ayahnya pergi dengan penuh ketenangan.


“Sebelum ayah meninggal saya ada memberinya air kerana bibirnya sangat kering. Sudah dua tiga hari arwah ayah tidak berselera untuk makan dan tidak boleh bercakap dengan lancar.

Sebagai anak yang paling rapat dengan arwah kehilangan ini amat dirasai namun saya reda dengan pemergiannya,” katanya dalam linangan air mata.

Katanya jenazah ayahnya akan dibawa ke Masjid Teluk Bahang terlebih dahulu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Teluk Bahang seperti diminta Allahyarham, selepas solat Jumaat esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori