Al-Fatihah… Ibu Mawi Meninggal Dunia

RAMLAH SARLAN, ibu kepada penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi, pada Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun.

Berita sedih tersebut telah dikongsikan menerusi Instagram rasmi radio Zayan buat semua pengikut mereka.

“Salam takziah diucapkan kepada keluarga @cahayaasmawi atas kehilangan emak tercinta yang telah kembali kerahmatullah Maghrib tadi, sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” tulisnya dalam satu kapsyen. – Astro AWANI

Loading...