Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isteri Geram Tinggal Suami...

Ini makan dia!Gara-gara terlalu kecewa dan marah terhadap kecurangan suami, seorang isteri bertindak...

Lelaki Didenda RM6,000 Jual...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki didenda RM6,000 atau 13 bulan penjara oleh Mahkamah...

Ibu Bunuh Anak Yang...

KES kematian seorang wanita, Geneva Gomez, 33, yang dipukul dengan kejam dan disumbat...

PAS Akan Kalah 3,000...

KLANG - Kajian yang dijalankan oleh sebuah badan pemikir untuk Pakatan Harapan mendedahkan...

Al-Azhar Keluar Fatwa Harus Tangguh Solat Jumaat

KAHERAH – Majlis Ulama Kanan Al-Azhar pada Ahad meluluskan fatwa harus menangguhkan solat Jumaat, termasuklah solat berjemaah di masjid, jika perlu, susulan penularan wabak Covid-19.

Memetik kenyataan berbahasa Arab pertubuhan yang diketuai Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb, agensi berita Anadolu melaporkan keputusan itu dipersetujui pada Ahad (15 Mac) dan disiarkan di laman Facebook pertubuhan berkenaan.

Serentak dengan penangguhan ibadat itu lafaz azan boleh diubah daripada kelaziman “hayya ‘ala al-Salah” (marilah menunaikan solat) kepada “Sollu fi buyutikum” (tunaikanlah solat di rumah anda).

Terdahulu pada Jumaat lepas, Kesatuan Ulama Muslim Sedunia yang dipengerusikan Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni turut menyeru negara terjejas dengan wabak Covid-19 menangguhkan solat Jumaat sehingga keadaan kembali pulih seperti biasa.

Khamis lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik, serta menegaskan penularan dan keadaan wabak sangat teruk serta membimbangkan.

Kategori