Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tragedi HSA: Mangsa Terselamat...

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan satu-satunya pesakit yang...

Bapa Tinggal Bayi Dalam...

LOS ANGELES - Seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun kerana meninggalkan...

Baru Dibuang Kerja, Lelaki...

DUBAI - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu... Begitulah...

Pos Malaysia Keluar Edisi...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan edisi kedua siri...

Akur Arahan Peguam, Aidil Elak Hadiri Majlis Umum

PELAKON Aidil Aziz yang terpalit dengan kes dadah pada tahun lalu berasa terkilan dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke sesi pelancaran trailer filem Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior.

Difahamkan filem biografi wira askar tersebut merupakan filem pertama lakonannya.

Menurut Aidil, keputusan itu terpaksa diambil olehnya atas arahan daripada peguamnya yang melarang dia menghadiri mana-mana majlis dan acara atas sebab-sebab peribadi.

Aidil membuat permohonan maaf itu menerusi ‘voice note‘ melalui aplikasi Whatsapp.

“Assalamualaikum, saya Aidil Aziz pertama sekali saya ingin memohon ribuan kemaafan kepada semua tetamu yang hadir, kepada wartawan dan kepada pihak-pihak yang terlibat.

“Sejujurnya saya sangat berhajat untuk hadir pada majlis petang ini. Cuma saya mendapat arahan daripada peguam agar tidak muncul pada mana-mana majlis dan acara.

“Saya terpaksa akur atas sebab-sebab tertentu dan sejujurnya saya sangat kecewa kerana tidak dapat hadir namun saya berharap agar rakan-rakan media dapat memberikan sokongan kepada filem pertama saya.


“Dikesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan berterima kasih kepada abang Bada dan encik Zainal serta kepada semua pihak yang terlibat,” katanya lapor Media Hiburan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 29 tahun ini juga berterima kasih kepada semua pihak yang sudi memberikannya peluang untuk turut serta di dalam filem tersebut.

Sumber: Media Hiburan

Kategori