Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Berang Suami Curang, Wanita...

BOGOTA - Seorang wanita nekad menelan wang kertas berjumlah AS$7,000 (RM30,280) hanya kerana...

United Mahu RM767 Juta...

BALASAN... Manchester United menuntut sehingga £140 juta (RM767 juta) untuk Paul Pogba sekiranya...

Bos Amazon Catat Rekod...

NEW YORK - Lelaki terkaya di dunia, Jeff Bezos yang juga pemilik Amazon...

Kaji SOP Benarkan Pelajar...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih mengkaji prosedur operasi standard (SOP) sesuai untuk membawa...

“Aku Penat Layan Perangai Kampung Kau” – Aidil Zafuan

NAMPAKNYA ‘pertelingkahan’ melibatkan Rita Rudaini dan bekas suaminya, pemain pasukan JDT, Aidil Zafuan masih belum selesai sejak mereka disahkan bercerai beberapa tahun lalu.

Jika sebelum ini Rita yang banyak berkata-kata mengenai hal silam mereka, kali ini Aidil yang selama ini dilihat senyap akhirnya meletup juga apabila nama isterinya, Zareema Zainal ‘dimainkan’ oleh bekas isterinya itu.

Rita memetik nama Zareema ketika sedang bersembang dengan peminatnya di ruangan komen Instagram sekali gus membangkitkan amarah Aidil yang bengang dengan sikap Rita yang tidak habis-habis mahu mengganggu kehidupannya.

Dalam komen itu, Rita menulis mahukan Zarema sentiasa berada dalam keadaan gembira memandangkan suaminya sering ingin membuat pusingan U seolah-olah memberi makna seperti Aidil mahu kembali kepada Rita.

Dengan nada yang cukup marah, Aidil melampiaskan, “Motif nak tulis macam ini apa hal. Oiii perempuan, kau ni dah takde kerja lain ke asyik-asyik nak kacau hidup orang? Aku ni kalau hidup mati semula pun aku takkan balik dekat orang mulut macam kau ni tau tak.”

“Aku ni betul hilang sabar dengan kau ni. Kalau nak publisiti murahan pun bukan dengan cara nak mengganggu hidup orang lain. Aku diam selama ini tak kacau hidup kau sekarang apa motif nak buat benda-benda macam ni? Dah takde kerja lain dah nak buat? Sudah-sudah la tu. Buat hal masing-masing. Jangan hidup dengan nak mengacau orang je. Penat la melayan perangai kampung kau ni. Biadap!!!!” tulis Aidil.

"Aku Penat Layan Perangai Kampung Kau" - Aidil Zafuan


Aidil kini bahagia dengan Zareema dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden Zeeyad.

Pemain bola sepak kelahiran Negeri Sembilan itu turut mempunyai dua cahaya mata lelaki hasil perkahwinan dengan Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna.

Rayyan dan Arjuna diberikan hak penjagaan sepenuhnya kepada Rita. – MYNEWSHUB.CC

Kategori