Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Pulang Ke KL...

ALOR SETAR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri,...

5 Tentera Kerajaan, 7...

SANAA - Sekurang-kurangnya tujuh pemberontak Syiah Houthi dan lima tentera kerajaan terbunuh, dalam...

Fesyen Pelik, Muka Penuh...

MINGGU fesyen Tokyo menarik perhatian ramai apabila model-modelnya menggayakan pakaian dengan muka mereka...

MP Labuan Gagal Batal...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, hari ini gagal dalam permohonan...

“Aku Bunuh Kau Nanti” – Wany Hasnita Terima Ugutan

BAHARU mengecapi nikmat populariti menerusi lagu singlenya Menahan Rindu, penyanyi Wany Hasrita sudah diuji apabila menerima ugutan bunuh menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut Wany, kejadian itu berlaku tiga minggu lalu dan dia kini mengambil langkah berwaspada dengan menyimpan segala bukti ugutan tersebut.

“Saya diganggu oleh seorang peminat fanatik menerusi mesej dan komen di laman Instagram.

“Dia menghantarkan komen dan mesej yang berbunyi seperti, ‘jangan sampai aku jumpa kau perempuan miang, aku bunuh kau nanti’.

“Hampir tiga kali saya menyekatnya di laman Instagram dan dia tetap akan muncul dengan nama yang lebih kurang sama dan mengganggu saya.

“Sebagai solusi, saya mengambil tindakan dengan menyimpan segala ‘screen shot’ komen dan mesej yang dia hantar kepada saya. Saya juga memberi amaran kepada dirinya. Saya katakan kepadanya, negara kita ada undang-undang dan pihak berkuasa pasti akan dapat mencari siapakah dia,” katanya kepada Astro Gempak!


Amaran itu ternyata membuahkan hasil dan Wany memaklumkan individu tersebut tidak lagi mengganggunya.

Memandangkan namanya kini semakin dikenali, Wany akui dia kini sedang menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang.

Dia juga berharap akan dapat berusaha lebih kuat dengan menghasilkan produk yang lebih berkualiti. – MYNEWSHUB.CC

Kategori