Aktor Kevin Spacey Ke Mahkamah 7 Januari

NEW YORK – Pemenang Anugerah Oscar, iaitu pelakon Kevin Spacey berdepan dengan tuduhan feloni dengan dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang remaja di sebuah restoran pada 2016.

Peguam Daerah Cape dan Islands, Massachusetts berkata, Spacey akan dihadapkan ke Mahkamah Daerah Nantucket pada 7 Januari ini atas tuduhan

Spacey akan dibantah di Mahkamah Daerah Nantucket pada 7 Januari ini atas tuduhan melakukan serangan fizikal dan berkelakuan tidak senonoh.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan tidak mendedahkan identiti mangsa dalam kejadian pada Julai 2016 berkenaan.

Namun, bekas penyampai berita televisyen yang berpangkalan di Boston, Heather Unruh dalam satu sidang media tahun lalu, berkata polis sedang menyiasat aduan yang dibuat anak lelakinya ke atas bintang House of Cards dan American Beauty itu.

Unruh memberitahu wartawan bahawa pelakon berusia 59 itu melakukan serangan seksual, terhadap anak lelakinya ketika bercuti di pulau Nantucket, selepas memberinya minuman alkohol ketika berada di sebuah bar pada Julai 2016.

Beliau menggambarkan anak lelakinya yang ketika itu berusia 18 tahun, sebagai seorang yang lurus dan teruja bertemu seorang ‘bintang’ sewaktu insiden itu berlaku.

“Kevin Spacey membelinya minuman dan beliau minum tanpa henti. Selepas anak lelaki saya mabuk, Spacey memulakan langkahnya dan menyerangnya secara seksual.

“Spacey turut memasukkan tangannya ke dalam seluar anak saya dan memegang alat kelaminnya,” katanya.

Unruh berkata, tindakan Spacey itu menyebabkan anak lelakinya yang sedang mabuk, tidak mampu berbuat apa-apa akibat terkejut. – AFP/BH ONLINE

Loading...