Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cuaca Buruk Berterusan Di...

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang diramal berterusan sehingga...

SOP Banjir Kemaman Pencontoh...

KEMAMAN - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata prosedur operasi standard...

HPPNK 2017 Catat Jualan...

SERDANG - Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2017 (HPPNK 2017) mencapai kejayaan gemilang...

Perkeso Sedia Laksana Inisiatif...

SHAH ALAM - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia...

Aktiviti Air Di Setiu Wetland Ditutup Sementara

SETIU – Setiu Wetland ditutup sementara waktu bagi aktiviti air dan mencari kepah, demikian menurut Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.

Arahan penutupan tersebut ekoran dua kejadian lemas yang meragut nyawa tiga pelajar dalam tempoh dua bulan di kawasan berkenaan.

“Pengunjung boleh datang seperti biasa kerana larangan hanyalah untuk aktiviti di air sahaja buat sementara waktu. Ini merupakan inisiatif kita bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kerana sebelum ini dua kejadian yang berlaku di kawasan yang sama.

“Walaupun air di kawasan tersebut kelihatan cetek tetapi kita tidak tahu sebarang kemungkinan yang akan berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di Program “Town Hall” Jabatan Kerajaan Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Setiu, di Dewan Majlis Daerah Setiu, Tarom di sini hari ini.

Semalam, dua pelajar perempuan tahun enam yang baru tamat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Nor Afizatul Nabihah Mohd. Jaafar, 12, dan Nur Qumaira Qistina Mohammad Nizam, 12; ditemukan lemas ketika sedang mandi-manda di Sungai Gong Batu berhampiran Boardwalk Setiu, yang terletak dalam kawasan Setiu Wetland, di sini.


Manakala pada Ogos lalu seorang murid lelaki Tahun Enam, Muhammad Nor Hafiz Norizam, 12, juga ditemukan lemas setelah dihanyut arus di lokasi yang sama ketika mencari kepah bersama rakan-rakannya. – BERNAMA

Kategori