PERTAHAN… Ketika ramai netizen tempatan kutuk tindakan pasangan lelaki bogel puas ‘berjimak’ dalam sebuah kereta, lain pula dengan aktivis Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) ini!

Numan Afifi yang pernah cetus kontroversi apabila dilantik sebagai Pegawai Akhbar Menteri Belia dan Sukan awal Julai lalu, hari ini tampil desak pihak berkuasa untuk segera siasat kejadian dua lelaki ‘songsang’ tersebut dipukul.

Rakaman video amatur memaparkan pasangan tersebut dibelasah penduduk kerana didakwa melakukan hubungan sejenis di dalam kereta itu turut menjadi tular apabila dikongsi ramai pengguna media sosial sejak semalam.

Bagaimanapun menurut Numan pula, kejadian seks terkutuk berkenaan yang dirakam dalam bentuk video dan ditularkan menerusi platform media sosial merupakan satu bentuk keganasan kebencian dan perlu disiasat.

“Kami telah menerima laporan yang tidak disahkan mengenai rakaman video tular mengenai dua pemuda tempatan¬† dipukul oleh sekumpulan lelaki kerana didakwa melakukan seks sejenis.¬†Kami mengutuk keganasan anti-gay ini.

Numan Afifi

“Kami menyeru pihak berkuasa untuk siasat jenayah kebencian ini. Cukup-cukuplah,” kata Numan yang juga Ketua Organisasi Pemuda Sosialis DAP Subang dalam hantaran kenyataan melalui akaun sosial Facebook beliau hari ini.

Dalam video berdurasi 1 minit 36 saat itu dua lelaki kelihatan dipaksa memakai baju dan diminta keluar daripada kenderaan. Mereka kemudiaan dipukul oleh sekumpulan lelaki yang meminta keluar dari kenderaan tersebut.

“Jika sesiapa yang kenali mangsa, tolong beritahu mereka bahawa kami di sini mahu memberi sokongan. Kita perlu berdiri menentang sebarang bentuk ketidakadilan,” kata Numan yang juga pernah jadi Ketua Pelangi Campaign.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan lokasi dan waktu kejadian. Reaksi Numan yang pernah gemparkan negara apabila anjur acara buka puasa bersama gay tahun lalu turut cetus tanda tanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...