Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dua Lelaki Ditahan Cabul...

KOTA KINABALU - Polis menahan dua lelaki selepas disyaki mencabul dua pelancong wanita...

Bengang Anak Tak Jadi...

SEEORANG ibu kepada seorang murid darjah 5 dilaporkan membuat aduan kepada Kementerian Pelajaran...

Masyarakat Orang Asli PD...

PORT DICKSON – Liputan internet serta akses telekomunikasi lebih baik merupakan antara permintaan...

Perodua Bezza Menangi Anugerah...

KUALA LUMPUR - Perodua Bezza telah memenangi anugerah 'Kereta Malaysia Terbaik' dan 'Kereta...

Aktivis Didenda Tayang Filem Belum Lulus LPF

KUALA LUMPUR – Seorang aktivis didenda RM10,000 atau penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menayangkan filem yang belum diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu selepas Lena Rasathi Hendry, 32, didapati bersalah pada 21 Februari lepas kerana menayangkan filem mengenai perang saudara di Sri lanka, ‘No Fire Zone: The Killing Fields of Sri Lanka’.

Lena, yang pernah bertugas sebagai koordinator di Pusat Komunikasi Masyarakat (Kosmas), didapati melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, di sini, pada pukul 9 malam, 3 Julai 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM30,000 atau kedua-duanya jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz memanggil lapan saksi untuk memberi keterangan semasa perbicaraan sementara tertuduh, diwakili peguam New Sin Yew, memanggil tiga saksi. – BERNAMA

Kategori