Aktivis DAP Hina TMJ! Mana Tindakan MB Johor?

BIADAB… Tindakan seorang aktivis DAP Johor, Mohammad Kamarul Ariffin Harris Fadzillah secara terbuka hina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memang kurang ajar.

Malangnya sehingga hari ini, selepas beberapa hari hantaran Pembantu ADUN Pekan Nanas itu menerusi akaun sosial Facebook tular dikritik netizen tempatan, pihak kerajaan negeri langsung tidak ambil sebarang tindakan

Kesal dengan keadaan tersebut, Majlis Belia Negeri Johor hari ini tampil desak kerajaan negeri berkenaan untuk segera melakukan tindakan terhadap Ahli Majlis Daerah Pontian itu ekoran kenyataan perlekeh institusi diraja.

Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Md. Saleeheen Mohamad dipetik media tempatan dalan nada kesal berkata, tindakan tegas itu wajar ekoran perbuatan biadab Mohammad Kamarul terhadap anggota kerabat diraja negeri ini.

“Sebagai seorang ahli majlis pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Pontian yang dilantik kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH), dia perlu memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam.

“Menteri Besar, Datuk Osman Sapian perlu memainkan peranan beliau dengan memecat Mohammad Kamarul mahupun segera menarik balik kedudukannya selaku ahli majlis sebagai pengajaran,” kata Md. Saleehen.

Menerusi kenyataan majlis belia dikeluarkan di Johor Bahru itu, beliau merujuk hantaran aktivis DAP itu dalam laman Facebook miliknya sebelum dia dipercayai telah padam catatan biadab tersebut. – Agensi/Mynewshub.TV

* Video berikut sekadar hiasan…

Loading...