Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Fabregas Menangis Di Stamford...

MONACO - Pemain tengah Sepanyol, Cesc Fabregas dijangka berada di Monaco pada hari...

“Jenazah Mak Masih Elok...

JOHOR BAHRU - Meskipun telah dikebumikan 12 tahun lalu, jenazah seorang wanita ini...

Bumbung Kereta Remuk Tiada...

KUALA LUMPUR - Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki remuk di bahagian bumbung belakang...

Anak Tergamak Acu Parang...

BERANG kerana tidak mendapat wang, seorang lelaki sanggup mengacukan parang kepada ibu kandungnya...

Akta Hasutan: Anwar Mahu Jumpa Mahathir

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan penggunaan Akta Hasutan 1948.

Ia berikutan penahanan pendakwah yang juga ahli PKR, Wan Ji Wan Hussin di bawah akta itu semalam.

“Saya akan merujuk perkara ini dan akan bincangkan dengan Dr. Mahathir. Hari ini tak mahu ganggu sebab kita nak ucap selamat hari jadi (kepada Dr. Mahathir),” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Anwar turut mengulangi pendiriannya bahawa hukuman yang dijatuhkan kepada Wan Ji terlalu berat.

Kata beliau, hukuman di bawah Akta Hasutan tidak melambangkan sentimen baharu yang diterapkan Pakatan Harapan (PH) walaupun mengakui ruang bersuara haruslah terbatas dan institusi beraja perlu dihormati.


“Kerangka pemikiran usang, lapuk, jumud itu nampaknya masih wujud dalam pentadbiran dan sistem negara. Perkara ini harus ditangani dengan baik.

“Tetapi kita juga tahu bahawa ruang itu harus diberikan walaupun terbatas dan PH konsisten menolak undang-undang yang kejam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori