Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saintis Mahu Bantu Manusia...

PERKEMBANGAN teknologi kadang-kala membawa kepada ciptaan yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh kita. Suatu...

Peluncur Udara Maut, Ditemukan...

HULU SELANGOR: Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti...

TPM Beri Penghormatan Terakhir...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi...

Pendaki Labuan Jejak Kaki...

LABUAN - Dua penduduk Labuan mencapai kejayaan tersendiri apabila menjadi pendaki pertama pulau...

Akta Baharu Ganti Akta Hasutan Sedang Dimuktamadkan

KUALA LUMPUR – Kerajaan dalam usaha memuktamadkan undang-undang baharu yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurutnya, buat masa ini kerajaan dalam status sedang menyusun undang-undang baharu.

“Pertamanya, kita (kerajaan) menarik balik undang-undang dahulu (Akta Hasutan 1948) untuk digantikan dengan undang-undang baharu.

“Kita dalam status menyusun semula ayat-ayat dalam undang-undang ini, dan ia akan dimuktamadkan secepat mungkin,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, bekas Presiden Persatuan Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menambah tempoh hukuman penjara pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin di bawah Akta Hasutan.


Ambiga menyifatkan hukuman itu sebagai memalukan dan menuntut pemansuhan akta drakonian berkenaan.

Beliau menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menunaikan janji memansuhkan Akta Hasutan dan tidak memberikan alasan mengekalkan undang-undang yang telah dibuat lebih daripada tujuh dekad yang lalu itu.

Kategori