Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

22 Warga Asing Ditahan...

BUTTERWORTH - Seramai 22 warga asing termasuk lapan wanita ditahan dalam Op Ikrar...

Banjir Melanda, Penoreh Hilang...

RANTAU PANJANG - “Kedatangan musim tengkujuh menyebabkan saya hilang punca pencarian, hanya bergantung...

‘Hadiah Istimewa’ Buat Rakyat...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal mengumumkan 'hadiah...

Saudi Contohi Malaysia Pelbagai...

PUTRAJAYA - Kerajaan Arab Saudi bakal mencontohi langkah diambil Perdana Menteri Malaysia, Datuk...

Aksi Penjaga Zoo Cedera Diserang Kuda Belang

BELUM pun reda kisah seorang lelaki di China ngeri dibaham harimau gara-gara memanjat tembok dinding Zoo Ningbo Younger di wilayah Zhejiang kerana enggan membayar tiket.

Kali ini penduduk negara itu digemparkan pula dengan tularnya video insiden seorang pekerja zoo diserang oleh seekor kuda belang yang mengamuk.

Insiden penuh dramatik itu berlaku di Taman Safari Chimelong, dekat bandar raya Guangzhou, wilayah Guangdong.

Klip yang dirakam menggunakan telefon bimbit berdurasi 15 saat itu sensasi di laman sosial negara itu seperti Weibo.

Baca: Padah Elak Bayar Tiket, Lelaki Maut Dibaham Harimau

Menerusi klip itu, seekor kuda belang dilihat menyerang salah seorang pekerja zoo tersebut berhampiran semak sebelum menggigit lengan serta mengheretnya jauh ke dalam kandang.

Mangsa yang dikenali sebagai Li cuba diselamatkan oleh beberapa rakan sekerjanya yang lain dengan mengacukan sebatang kayu untuk menakutkan haiwan itu supaya melepaskan mangsa.


Namun tidak berjaya apabila kuda belang itu bertindak mengheret mangsa jauh ke dalam kandang tersebut.

Penjaga Zoo Cedera Diserang Kuda Belang

Pihak pengurusan zoo terbabit menerusi kenyataan yang dikeluarkan memberitahu bahawa kejadian itu berlaku pada Disember tahun lepas sekali gus menyangkal dakwaan mengatakan insiden itu baru sahaja berlaku.

Tambah mereka lagi, punca kejadian kuda belang itu mengamuk tidak dapat dipastikan, manakala Li hanya mengalami kecederaan ringan di dalam insiden terbabit dan telah pun kembali bertugas. – MYNEWSHUB.CC

Kategori