Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah...

KUALA LUMPUR - Seorang penjual telefon bimbit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Kerajaan Malaysia Serius Banteras...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia serius dalam membanteras gelaja rasuah dan ini terbukti...

Majlis Resepsi Mia Ahmad,...

PADA tanggal 22 Mac lalu, aktres Mia Ahmad sepatutnya melangsungkan majlis resepsi ketiganya...

Israel Mengalah, Buka Semua...

BAITULMAQDIS/RAMALLAH - Israel hari ini membuka semua peralatan pengawasan yang dipasang di pintu masuk Masjid Al-Aqsa, lapor...

Aksi Pembantu Pilot Garuda Solat Di Kokpit Tular

JAKARTA – Meskipun berada tinggi di atas awan biru, aksi bersahaja pembantu juruterbang Garuda tekun solat fardu di dalam kokpit pesawat ternyata menerima banyak pujian netizen di Indonesia.

Gambar swafoto unik tersebut pada asalnya dirakamkan juruterbang pesawat syarikat penerbangan kebangsaan Indonesia itu, Kapten Jaka Pituana, menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini sebelum menjadi tular.

Foto berkenaan memaparkan pegawai pertama pesawat, Sarah Widyanti Kusuma sedang melakukan ibadat solat di dalam ruang pemandu kapal terbang Airbus 330 pada 23 Mac lalu kira-kira pukul 2.58 petang waktu Jakarta.

Menurut Jaka yang berkhidmat dengan Garuda sejak 2013, ia dirakamkan secara spontan ketika mereka dalam penerbangan rutin selama enam jam dari Denpasar, Bali ke Zhen Zhou, China yang jaraknya lebih 3,000 kilometer.

Wanita Muslimah itu ujar beliau, sepanjang bertugas langsung tidak pernah meninggalkan sembahyang, malahan lazimnya akan terus menunaikan solat wajib tepat pada waktunya waima ketika berada jauh di ruang angkasa.

Aksi Pembantu Pilot Garuda Solat Di Kokpit Tular

Perkara itu turut disahkan oleh Naib Presiden Komunikasi Korporat Garuda Indonesia, Benny S. Butarbutar sambil menyatakan, Sarah memang biasa solat dalam pesawat sebagai cara untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.

Dengan menggunakan telekung berwarna ungu, Sarah, 29, dirakamkan khusyuk melakukan ibadah Rukun Islam kedua itu langsung di tempat kerusi dalam keadaan duduk sahaja kerana ruang juruterbang tersebut agak sempit.

Perkongsian foto Jaka yang turut menunjukkan tanda isyarat ibu jari tangan sebagai bagus melalui Instagram bahkan menerima puluhan komen positif selain lebih 1,000 tanda suka daripada netizen republik tersebut.

Jaka juga menulis keterangan secara ringkas pada sisi gambar tersebut iaitu: “Terima kasih ya doanya… pantas aja cuaca clear (baik) selama penerbangan… #sarahwidiyanti #crewlife #airbus330 #pilot.


Media tempatan melaporkan juruterbang tersebut turut meluahkan kekagumannya kepada pembantunya itu. Untuk rekod, Sarah sebenarnya sudah pun berjaya menerbangkan pesawat jenis Boeing sejak berusia 21 tahun lagi.

Aksi Pembantu Pilot Garuda Solat Di Kokpit Tular

Penuntut lepasan teknikal pesawat udara di Sekolah Tinggi Penerbangan Indonesia Curug, wilayah Banten, Jawa itu pernah bekerja di sebuah syarikat komputer tempatan di Karawaci, Tanggerang juga di wilayah yang sama.

“Walaupun dalam penerbangan panjang, Sarah tidak pernah lupa menunaikan solat jamak qasar,” ujar Jaka. Sarah sebenarnya merupakan isteri kepada juruterbang Garuda dan mereka telah pun mempunyai seorang anak kecil.

Bagaimanapun tidak banyak maklumat peribadi mengenai kisah wanita muda ini didedahkan tetapi dia dikatakan sudah menerbangkan pesawat komersial lebih 2,500 jam sama ada destinasi domestik mahu pun antarabangsa.

Sarah pernah dilaporkan bercita-cita mahu menjadi penyanyi, tetapi hasratnya itu terkandas setelah gagal dalam satu pertandingan tempatan ketika zaman remaja menyebabkan dia beralih impian kerjaya sebagai juruterbang.

Menurut laman berita tempatan, ketika pernah menuntut di sebuah sekolah penerbangan awam, hanya dia seorang pelatih wanita dalam satu kelas yang semuanya dipenuhi seramai 34 pelajar lelaki. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori