Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Harga Petrol RON97 Naik...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 naik tujuh sen kepada RM2.67 seliter, manakala...

Pembaharuan RTM Selari Keperluan...

PEMBAHARUAN bakal dilaksanakan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengikut keperluan semasa terutamanya...

LG Watch Urbane Luxe,...

LG sedia menawarkan G Watch R di mana bentuk jam tangan pintar terbabit...

Anwar Dengar Keluhan Pemandu...

PORT DICKSON - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen...

Aksi Final Bola Sepak Piala Pengerusi Felda Meriah

ANTARA acara yang turut menarik minat warga Felda sempena Hari Peneroka 2017 peringkat kebangsaan ini ialah aksi perlawanan akhir Pertandingan Bolasepak Piala Pengerusi Felda 2017.

Ribuan peminat tidak melepaskan peluang menyaksikan pertarungan antara Persatuan Bola Sepak Wilayah (PBW) Kuantan dan lawannya PBW Alor Setar dalam kancah final di Padang Pancarona, Presint 18 Putrajaya pada Sabtu.

Perlawanan akhirnya berpihak kepada PBW Alor Setar yang berjaya menjaringkan gol sebanyak 3 berbalas 1. Johan membawa pulang piala pusingan, piala iringan, medal, sijil dan wang tunai berjumlah RM30,000.

Manakala PBW Kuantan selaku naib johan piala tersebut turut mendapat medal, sijil dan wang tunai berjumlah RM15,000.

Bagi pemenang untuk penjaring terbanyak serta pemain terbaik, masing-masing dimenangi oleh wakil daripada PBW Alor Setar.

Hadiah disampaikan sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim diiringi oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Setelah Pertandingan Piala Pengerusi Felda tamat, disambung pula dengan perlawanan persahabatan bola antara Felda United Allstar menentang Artis Pilihan.


Razali turut turun padang menjadi wakil untuk pemain kumpulan Felda United Allstar dengan tampil segak menyarungkan jersi bernombor 9.

Manakala bagi kumpulan Artis Pilihan terdiri daripada barisan artis tempatan serta bekas pemain seperti Mamak Putih, Ali Putih, Roy Azman, Gijie Sixthsense, Zainal Abidin Rawop dan ramai lagi.

Seperti yang dijangka, perlawanan persahabatan ini dimenangi oleh kumpulan Artis Pilihan yang telah berjaya membolosi gol pihak lawan sebanyak 3 berbanding dibolosi 2.

Acara sukan popular seperti ini semestinya dapat merapatkan lagi pihak Felda dengan orang awam yang lain. –MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Kategori