Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dituduh Guna Sijil Cuti...

SEREMBAN - Tiga kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dihadapkan ke...

Hua Rancang Pembangunan Dengan...

KUALA LUMPUR – Pemaju hartanah, Hua Yang Bhd. merancang untukmemperkenalkan projek bercampur dengan...

Azizulhasni Awang Kini Nombor...

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Azizulhasni Awang menerima suntingan semangat yang...

Pihak Berkuasa Tidak Akan...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pihak berkuasa tidak akan melengah-lengahkan...

Akidah Bukan Ditentukan Oleh Kertas – Mufti Perlis

KANGAR – Hukuman mahkamah yang batal keislaman seseorang sama sekali tidak menyebabkan individu itu terkeluar daripada agama kerana akidah bukan ditentukan oleh sijil pendaftaran.

Demikian ditegaskan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang berkata, sijil itu sebaliknya hanya untuk urusan pentadbiran birokrasi secara formal yang kadang kala prosesnya terpaksa makan masa lama.

Malah ada keadaan sijil berkenaan terpaksa digunakan sebagai bahan bukti di peringkat mahkamah disebabkan individu itu sendiri enggan menukar dokumen terbabit bagi maksud menyatakan sudah memeluk agama Islam.

Beliau bahkan menambah, begitu juga jika seseorang Muslim yang mengamalkan cara hidup kafir adalah terkeluar daripada agama itu walaupun di dalam kad pengenalannya masih menyatakan bahawa dia tetap beragama Islam.

“Saya tidak bermaksud untuk menghina mana-mana keputusan mahkamah atau tidak merujuk mana-mana kes perbicaraan tetapi setiap Muslim harus faham hukum, kerana akidah itu tidak ditentukan di atas ‘kertas’ bercetak.

“Sebaliknya agama anutan seseorang perlu berdasarkan keyakinan kepada Allah SWT,” kata Mohd. Asri menerusi satu rakaman program kuliah agama yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Suara Sunnah di sini semalam.

Dalam hal berkaitan soal penentuan agama si anak apabila salah seorang ibu atau bapa bukan muslim menganut agama Islam, Mohd. Asri menjelaskan bahawa terdapat beberapa keadaan dan senario yang perlu diambil kira.

Kata beliau, berdasarkan kepada asas penentuan hukum fiqh dalam mazhab Syafie, jika salah seorang ibu atau bapa bukan Muslim tiba-tiba menganut Islam, maka anak-anak pasangan itu adalah secara automatik menjadi Muslim.


“Namun fatwa Perlis berbeza terhadap keadaan jika si ibu atau bapa bercerai dan kemudian salah seorang menganut Islam, maka anak dibenarkan mengikut ajaran agama si penjaga (ibu atau bapa) yang memelihara mereka,” katanya.

Dalam hak penjagaan atau hadanah pula, katanya, fatwa Perlis juga membenarkan si anak untuk buat pilihan dan keselesaan untuk ikut ibu atau bapanya tanpa semestinya terikat kepada salah seorangnya yang beragama Islam.

“Ini berdasarkan satu hadis Rasulullah SAW pernah beri kebebasan kepada seorang kanak-kanak untuk memilih mengikut ibunya yang bukan Islam kerana lebih rapat, walhal ketika itu bapanya sudah menjadi Muslim,” katanya.

Tambah Mohd. Asri, dalam memberi keadilan, si anak pula haruslah diberi dua pilihan sebaiknya untuk membuat keputusan sama ada hendak mengikut si ibu atau bapa tanpa sebarang paksaan memeluk mana-mana agama.

Umum maklum bahawa masyarakat Islam di negara ini pada minggu lalu gempar apabila Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memutuskan pengislaman tiga anak Indira Gandhi setelah bapanya menjadi mualaf adalah terbatal.

Keputusan kontroversi itu cetus kemarahan umat Islam apatah lagi panel peguam wanita tersebut pernah hina Islam dan mahu Jakim dibubar sekali gus biadab cabar Islam sebagai agama Persekutuan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori