Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rafizi Ramli Kini Setiausaha...

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN KEADILANPERLANTIKAN KEPIMPINAN PARTI KEADILAN RAKYAT PENGGAL 2014 – 2017Dengan selesainya...

Beban Tugas Guru Dikaji...

KEPALA BATAS - Kementerian Pendidikan sedang menganalisis beban tugas guru terutama dalam melaksanakan...

Penemuan Mayat Berbungkus Selimut...

Bukit Mertajam : Kematian seorang lelaki warga asing yang mayatnya ditemui dalam keadaan...

Tuntuan Nafkah RM121 Juta...

KUALA LUMPUR -- Perbalahan tak sudah dalam proses tuntutan perceraian bernilai jutaan ringgit...

Akibat Tindakan MB Johor, Singapura Tunda Mesyuarat

TUNDA… Mesyuarat ke-14 Jawatankuasa Menteri Bersama bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijadual pada 14 Januari ditangguh, menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) hari ini.

Kenyataan kementerian itu mendakwa berlaku pencerobohan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian di perairan wilayah Singapura di Tuas pada 9 Januari lalu menyebabkan mesyuarat itu tidak dapat diteruskan.

“Justeru, pemerintah Singapura menyarankan untuk menangguhkan mesyuarat JMCIM, malah pihak Malaysia sudah bersetuju dengan perkara ini,” menurut MFA dalam satu kenyataan dipetik media republik itu.

Pada Rabu lalu, Osman dilaporkan mengunjungi kapal Pedoman, yang berada di perairan wilayah Singapura. Beliau turut memuat naik beberapa gambar menerusi akaun sosial Facebook yang menunjukkan lawatannya ke kapal itu.

Singapura mendakwa, lima buah kapal kerajaan Malaysia berulang kali ceroboh perairan negara itu sejak beberapa bulan lalu setelah Malaysia meluaskan had pelabuhan Johor Bahru pada Oktober, yang jangkau Singapura di Tuas.

Ini memaksa republik itu membantah peluasan had pelabuhan dan pergerakan kapal-kapal itu. Kementerian Pengangkutan Singapura turut luaskan had pelabuhan Singapura dekat Tuas pada 6 Disember sebagai tindak balas.


Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan dilaporkan media negara itu turut berkata bahawa terdapat sehingga 14 pencerobohan oleh sejumlah kapal kerajaan Malaysia dalam masa dua minggu sebelum 6 Disember.

Minggu ini, keadaan tegang kelihatan reda dengan kedua-dua menteri luar negara, Vivian Balakrishnan dan Datuk Saifuddin Abdullah bertemu di republik itu serta mengeluarkan satu kenyataan bersama pada Selasa lalu.

Dua negara itu bersetuju untuk tubuhkan sebuah kumpulan kerja bagi kaji undang-undang dan isu operasi berkaitan pertikaian maritim, supaya disediakan asas perbincangan rundingan lanjut. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori