Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rusli Bangga Berkhidmat Di...

KUALA LUMPUR - Selepas hampir empat dekad Istana Negara menjadi rumah keduanya, Rusli...

Warga Emas Maut, Kereta...

SITIAWAN - Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh tembok...

Pensyarah USM Hadapi 9...

BUTTERWORTH - Seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Pengumpul Model Lego Sanggup...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa kepada dua anak sanggup membelanjakan sehingga RM20,000 sejak...

Akibat Cemburu, Mak Cik Kelar Anak Saudara Sendiri

KINABATANGAN – Seorang wanita telah dikelar oleh ibu saudaranya sendiri dalam sebuah kejadian yang berlaku di kuarters pekerja ladang getah di Jeroco, di sini, Sabtu lalu.

Ibu saudaranya mengesyaki anak saudaranya itu mempunyai hubungan sulit dengan suaminya, yang membawa kepada insiden yang berlaku pada jam 7.57 pagi itu.

Wanita berusia 26 tahun itu cedera parah di bahagian kepala, jari, betis dan lutut selepas dikelar dengan pisau berukuran 30 sentimeter. Mangsa kemudiannya terus digegaskan ke Hospital Kinabatangan.

Sebuah laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan ladang tersebut selepas dikhabarkan tentang kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, A Sahak Rahman berkata, siasatan awal mendapati wanita berusia 33 tahun itu berang apabila mendapat tahu suaminya menjalinkan hubungan sulit bersama anak saudaranya.

“Mangsa sedang berehat di rumah semasa suspek mendekati dan terus menyerangnya. Terdapat pergelutan antara kedua-dua wanita tersebut, yang mengakibatkan mangsa tercedera di bahagian tangan dan kaki,” katanya.


Semasa tiba di tempat kejadian, pihak polis telah menahan suspek tersebut. Pasukan itu juga merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam serangan itu.

“Suspek telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya, sebelum menambah bahawa kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan menggunakan senjata tajam.

Mangsa merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun. – MYNEWSHUB.CC

Kategori