Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Sahkan Sirul Azhar...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan Koperal Sirul Azhar Umar telah ke Australia, Oktober...

MKN Sabah Hantar Balik...

SANDAKAN - Gerak kerja pengusiran intensif oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah membolehkan...

Saharul Ridzwan Pilih Luth...

PELAKON Saharul Ridzwan memberikan nama Muhammad Luth Ali kepada anak sulungnya itu yang...

TLDM Kesan Objek Bawah...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini berjaya mengesan objek...

Akibat Buli, Pelajar Tingkatan 3 Sukar Kencing

MASALAH buli dalam kalangan pelajar nampaknya semakin berleluasa apabila ada sahaja individu yang menjadi korban masalah sosial itu.

Terbaharu pada 4 November lalu, seorang pelajar tingkatan tiga dipercayai dipukul beramai-ramai di sebuah bilik asrama sebuah sekolah yang terletak di Seri Iskandar, Perak.

Ekoran insiden itu, mangsa disahkan mengalami kesukaran membuang air kecil dan luka di bahagian mata kirinya.

Mangsa dipukul kerana mengaku telah mencuri wang rakannya di tiga bilik berasingan sekolah tersebut. Kejadian ini dilaporkan didalangi seorang pelajar tingkatan lima dan melibatkan beberapa pelajar lain.

Sebelum kejadian, mangsa diminta datang ke sebuah bilik untuk menghadiri perjumpaan kelas. Namun, matanya diikat dengan kain pelikat dan dipimpin seorang pelajar lain sebelum dibelasah.

Ibu mangsa hanya menyedari keadaan lemah anaknya itu pada keesokan hari semasa datang melawat.

Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah klinik kesihatan berdekatan sebelum dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang dan dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Remaja tersebut dikatakan mengalami sakit di bahagian perut dan disahkan mengalami kesukaran membuang air kecil.


Bagaimanapun, satu laporan polis telah dibuat pada 8 November lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya telah menahan 10 pelajar berusia 15 tahun dan seorang pelajar 17 tahun.

“Berdasarkan laporan hospital mendapati tiada kecederaan dalaman. Mangsa masih ditempatkan di hospital berkenaan dan keadaannya bertambah pulih,” katanya dipetik Sinar Online.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori