Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Konsensus Dicapai Pembubaran...

KUALA LUMPUR - MCA dan MIC kekal bersama Barisan Nasional (BN) ekoran tiada...

Nik Nazmi Tegur Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui...

Lelaki Kantoi Curi Coli...

Sesetengah manusia mempunyai 'sakit' berkaitan kecenderungan seks yang melanggar fitrah manusia normal.Apa yang ditakutkan,...

CAP Kecewa RUU Kawalan...

PUTRAJAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan keputusan kerajaan yang merujuk semula...

Akhirnya Lagu Abang Nak Tegur Dapat Banyak Likes!

TULAR… Terima kasih diucapkan kepada Datin Nur Shahida kerana telah berjaya memberi nafas baharu dalam single terbaharu suaminya, Datuk Aliff Syukri, iaitu Abang Nak Tegur 2.0!

Sebelum ini lagu tersebut yang turut dinyanyikan oleh usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat telah mendapat bertubi-tubi kritikan daripada netizen yang menganggap Sajat sebagai perosak lagu?

Tapi kini, kita semua sudah mampu menarik nafas lega apabila video tersebut telah mendapat lebih daripada 1 juta tanda suka menerusi Youtube selepas dimuat naik tidak sampai 24 jam di akaun Youtube KRU Studios.

Berbanding dengan gandingannya bersama dengan Sajat, video tersebut melakar sejarah apabila mendapat 370,000 tanda dislike berbanding hanya mampu meraih 40,000 tanda likes!

Amboi benci betul korang semua apabila Aliff nyanyi dengan Sajat ya.

Mana tidaknya, ramai netizen agak terkejut apabila mereka mendengar seperti lagu tersebut dinyanyikan oleh dua orang penyanyi lelaki.

Kata mereka, suara Sajat agak kasar seperti suara seorang lelaki. Eh… Betul ke tu? Atau suara Sajat memang semula jadi garau macam tu?

Setelah puas memujuk si isteri, akhirnya Shahida bersetuju untuk bergandingan bersama dengan suaminya bagi versi kedua lagu tersebut.

Walaupun klip video itu kesihatan agak ringkas kerana hanya dihasilkan di dalam bilik tidur sahaja, namun ia telah membuatkan ramai netizen berpuas hati dan seronok!


Kedua-dua anak angkat mereka iaitu Ameena dan Qayum turut serta di dalam klip video tersebut.

Siapa sangka, klip video yang simple dengan hanya berkain pelikat dan baju-t pagoda lebih mendapat pujian daripada klip video yang mengeluarkan belanja beribu-ribu tapi akhirnya tetap tidak disukai oleh orang ramai.

Ramai juga netizen yang mengatakan bahawa Datin Shahida sebagai penyelamat lagu tersebut walaupun mereka masih lagi ‘trauma’ dengan suara garau Sajat.

Ada-ada saja lah netizen ni. Tak sabar pula rasanya nak tengok hasil muzik video Abang Nak Tegur yang dirakamkan kat Sepanyol baru-baru ni.

Agak-agaknya macam mana lah ya hasil tersebut lepas bermacam-amcam dugaan dihadapi oleh krew produksi.

Mana tidaknya, bayangkan apabila dah melabur beribu ringgit, kemudian beg Aliff pula dicuri, tambah lagi dengan insiden Sajat menangis lepas kena marah dengan Aliff.

Harapnya berbaloi lah lepas dah melabur banyak duit. Netizen lepas ni jangan dislike dah okay. Kesian mereka sampai pergi ke luar negara demi untuk puaskan hati kalian semua. – MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori