Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Menteri Nafi Tuduh Melayu...

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran menafikan beliau menuduh orang Melayu...

Video: Gitaris U2 Jatuh...

GITARIS kumpulan U2, The Edge mengejutkan peminat apabila terjatuh dari pentas sewaktu menjayakan...

Kayu Selfie Diharamkan Di...

TOKYO - Warga Jepun suka bergambar, hinggakan telefon pintar, media sosial dan kayu...

“Jika Saya Terlibat, Tak...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan sekiranya...

Akhirnya… Hanyut Mula Ditayangkan 24 November

AKHIRNYA, filem Hanyut bakal menemui penonton tanah air bermula 24 November ini selepas sekian lama ‘diperam’.

Mengikut perancangan, Hanyut sepatutnya ditayangkan kepada umum pada 2012 namun disebabkan beberapa masalah dalaman, tayangannya terpaksa ditangguhkan.

Walaupun penonton Malaysia masih belum berkesempatan menonton Hanyut, filem arahan sutradara Uwei Haji Saari ini sebenarnya sudah pun menjelajah ke festival-festival filem antarabangsa.

Antaranya termasuk Festival Filem Asia Tenggara di Singapura, Festival Filem Asia di Canberra, Australia dan Festival Filem Asia Jogja-Netpac ke-8 di Indonesia.

Memetik Astro Awani, Hanyut juga terlebih dahulu ditayangkan di negara jiran Indonesia pada 2014 dengan judul ‘Gunung Emas Almayer’.

Ia telah mendapat respon yang amat memberangsangkan apabila ramai penonton Indonesia berkongsi sentimen sama iaitu mereka tidak pernah menonton filem Malaysia sebaik karya Hanyut.

Filem epik ini dibintangi Khalid Salleh, Sofia Jane, Adiputra, Diana Danielle, Bront Palarae, Sabri Yunus selain pelakon Indonesia, Alex Komang dan pelakon Australia, Peter O’Brien.


Akhirnya.. Hanyut Akan Ditayangkan Bermula 24 Nov Ini

Hanyut yang diadaptasi daripada novel Joseph Conrad mengisahkan seorang peniaga Belanda bernama Almayer yang berjuang untuk meneruskan kehidupan di Borneo pada pertukaran abad ke-19.

Almayer berimpian untuk menemui gunung emas yang dianggap mitos, tetapi ditentang oleh isterinya yang licik, kerajaan penjajah dan pedagang Arab. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori