Akhirnya Ada Yang Faham Kenapa Fendy Bakry Kurus

PELAKON Fendy Bakry lega akhirnya ada netizen yang memahami keadaan tubuh badanya yang dikatakan semakin kurus.

Fendy berkata, dia tidak menjelaskan keadaan sebenar bukan kerana malas berbuat demikian, sebaliknya kerana keadaan sekeliling seolah-olah lebih memahami dirinya.

“Terima kasih banyak kerana memahami dan terima kasih jugak tolong menjawab bagi pihak saya. Saya menanti jugak seseorang yang boleh faham dengan situasi ini.

“Bukan malas menjawab, tapi keadaan sekeliling menunjukkan seolah-olah mereka faham tapi hakikatnya mereka tidak faham,” tulisnya.

Dia juga berharap kenyataan itu menjawab persoalan netizen berkaitan keadaan bentuk badannya yang kurus.

Fendy setuju dengan komen individu berkenaan.

Fendy memuat naik komen individu terrsebut yang menjelaskan bahawa dia memerlukan masa untuk berisi berikutan baharu sahaja pulih daripada sakit.

“Banyak sangat komen kurus, berilah dia masa nak berisi, dia pun tidak suka kurus dan dia baru sahaja baik dari sakit, ambil masa untuk naik badan.

“Mungkin juga dia lambat berisi sebab memang keturunan slim (kurus),” ujarnya.

Tambah individu itu lagi, bakat lakonan pelakon berkenaan lebih penting daripada bentuk badan seseorang.

Sebelum ini, Fendy dilaporkan mengalami sakit kepala dan lemah badan sewaktu menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station.

Menerusi laporan mStar Online pada 26 April lalu, kakaknya Fahaniza berkata, Fendy berada di kampung halamannya di Perlis bagi mendapatkan rawatan perubatan secara Islam.

Dia dikatakan berada dalam keadaan lemah sehingga tidak mampu menjawab panggilan telefon.

Sebelum ini Fendy sudah mendapatkan rawatan pakar di hospital namun keadaannya masih sama. – mStar Online