Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Annuar Musa Jalani Rawatan...

KOTA BHARU - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dibenarkan keluar dari...

3 Maut Helikopter Terhempas...

MIAMI - Tiga orang maut apabila sebuah helikopter terhempas di atas sebuah rumah...

Pendaki Cedera Tali Abseiling...

GOPENG - Seorang gadis cedera selepas terjatuh dari ketinggian tujuh meter semasa menyertai...

Esok, Harinya Seluruh Negara...

ESOK, seluruh negara akan diselubungi kesuraman apabila 20 jenazah warga Malaysia nahas pesawat...

Ajaran Sesat: Jabatan Agama Islam Tak Menghukum

KUALA LUMPUR – Jabatan agama Islam tidak mengambil sikap menghukum mereka yang terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya sebaliknya menggunakan kaedah mendidik dan kembali bertaubat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, usaha mencegah penyebaran ajaran sesat diadakan secara berterusan melalui kuliah agama dan khutbah yang disampaikan.

“Kita sendiri di Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) ada program istijabah dan memberi kaunseling kepada mereka yang terpengaruh dengan ajaran sesat.

“Negara ini berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengikut ajaran sesat ini kita akan selalu beri tarbiah dan pendidikan kepada mereka supaya kembali ke ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Haji anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM), di Bilik Mesyuarat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UPM, Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman dan Pengarah IPSAS UPM, Prof Dr Ismi Arif Ismail.

Terdahulu pengasas ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Masitah Ab Jalar tampil mengaku bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam dan mengucap dua kalimah syahadah, semalam.

Pada majlis di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di Shah Alam semalam, wanita berusia 39 tahun itu membuat pengakuan di hadapan empat saksi utama dan mengakui kekhilafan dirinya yang mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan hukum syarak.


Baca: Jakim Sentiasa Sedia Bincang Dengan Sajat – Idris

Bermula 29 Ogos lalu, laporan eksklusif bersiri Harian Metro melaporkan seorang wanita menggunakan gelaran Sittah Annur didakwa mula mengembangkan ajaran PMYT yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam.

Ramalan termasuk Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh mengundang reaksi badan bukan kerajaan (NGO) dan agamawan mengenai isu itu.

Mesyuarat Khas Muzakarah Kebangsaan Mengenai Hal-Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 15 September lalu memfatwakan PMYT sebagai haram dan mempersembahkan keputusan itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah untuk pewartaan. – myMetro Online

IKUTI TELEGRAM TANYALAH USTAZ DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori