Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Aiman Tino Masih Jual...

PENYANYI Aiman Tino, 18, dahulunya merupakan seorang penjual char kuew teow kini berjaya...

Polis Teruskan Usaha Buru...

KUALA LUMPUR - Polis meneruskan usaha memburu suspek utama kes pengubahan wang haram...

Artikel Sarawak Report Antara...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa isi kandungan...

Kertas Siasatan Rakaman Audio...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan berhubung rakaman...

Ajak Selalu Dapat Gambar 18SX Peminat Fanatik

TAK tahu mana hilangnya rasa malu peminat-peminat artis masa kini, sehingga ada yang sanggup ‘payung’ gambar bogel sendiri!

Kalau sebelum ini salah seorang daripada kumpulan pelawak Bocey, iaitu Abam dikatakan telah menerima gambar bogel seorang lelaki yang gila seks, kali ini giliran Ajak Shiro pula menjadi mangsa golongan attention seekers itu.

Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanaffi Razak, yang merupakan pelawak dan penyampai radio mendedahkan bahawa dia juga sering menerima banyak gambar lucah daripada peminat wanita yang ingin menggodanya.

Amboi Ajak… Dah ada tiga orang anak pun masih laku lagi ya.

Mujur laman sosial Instagram miliknya dijaga oleh isterinya, Afifah Amin yang juga merupakan pengurusnya sendiri.

“Nasib baik isteri yang jaga akaun Instagram saya, kalau tidak ‘naya’ juga. Setiap kali terima gambar bukan-bukan, isteri akan tunjuk kepada saya, cuma dia akan tutup wajah dan nama akaun.


“Saya anggap itu perkara normal yang dilalui oleh mana-mana artis tak kira lelaki atau wanita, Nasib baik isteri tak melenting,” katanya dipetik daripada sebuah akhbar tempatan.

Makin melampau pula kes macam ni ya. Semakin hari semakin banyak kes selebriti menerima gambar lucah daripada peminat yang kononnya ingin menggoda dengan cara yang kotor.

Kalau betul nak berkenalan, gunakanlah dengan cara yang elok. Bukan dengan cara kotor macam tu. Ni pula nak goda suami orang. Memang silap lah mau kena terajang dengan isteri orang tu nanti.

Mintak-mintak lah individu yang suka sangat berkelakuan tak senonoh tu berhenti buat perkara macam tu. Jangan sampai sebab buat kerja kotor macam tu, berat akibat yang akan anda pikul. Waktu tu nak menyesal pun dah tak guna. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori