Ainul Mardhiah Sudah Pandai Keluarkan Suara – Bapa

KUALA LUMPUR – Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang sebelum ini menderita kanser ‘Germ Cell Tumor’ di mulut kini sudah pandai menutup alat bantuan pernafasannya (trachy) sendiri dan mengeluarkan suara.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 25, melalui catatan di laman Facebook miliknya menzahirkan rasa syukur dan berkata penantian selama setahun lapan bulan untuk mendengar suara puteri sulungnya itu akhirnya tertunai.

“Sejak dia lahir, kami tidak pernah dengar suaranya. Alhamdulillah, budak cerdik ini dah pandai tutup trachy sendiri dan keluarkan suara. Beginilah suara Ainul Mardhiah yang saya yakin anda semua tidak pernah dengar suaranya,” tulis Ahmad Safiuddin.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Video rakaman Ainul Mardhiah keluarkan suara yang dikongsikan oleh bapanya mendapat perhatian warganet dan rata-rata mereka tidak melepaskan peluang meninggalkan komen-komen positif dan ucapan syukur dengan perkembangan bayi itu.

Sementara itu, pelatih pakar bedah Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu membawa bayi itu serta ibu bapanya ke London untuk mendapatkan rawatan pada tahun lalu juga tidak melepaskan peluang berkongsi video Ainul Mardhiah mengeluarkan suara di laman Twitter peribadinya.

Dalam entri video itu, @DrAmalinaBakri berkata: “Dah reti keluarkan suara, clever girl!”

Dr Amalina yang tertarik dengan gaya rambut baharu Ainul turut berkongsi beberapa keping gambar terkini yang diterima daripada ibunya Nurul Erwani Zaidi, 25 tahun.

Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulutnya di sebuah hospital di London pada Jun tahun lalu.

Pembedahan dilakukan sekumpulan pakar bedah dan anestetik diketuai oleh Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Dr Amalina dan seorang lagi doktor Malaysia, Dr Julian Ong turut terbabit dalam pembedahan berisiko tinggi itu.

Loading...