“Ainul Kuat, Sudah Sedar”

KUALA LUMPUR – “Ainul sudah sedar, Alhamdulillah.”

Itu merupakan berita gembira yang disampaikan bapa kepada bayi perempuan yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak semalam.

Ahmad Safiuddin meluahkan rasa syukur selepas Ainul Mardhiah, 9 bulan, selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada mulutnya di London, semalam.

Beliau juga berkongsi wajah anak sulungnya itu yang sudah tidak lagi memiliki ketumbuhan seberat 200 gram pada mulutnya.

“Cuma masih dalam unit penjagaan rapi untuk pastikan keadaan Ainul betul-betul stabil sebelum dipindahkan semula ke dalam wad biasa.

“Terus doakan Ainul kuat dan cepat sihat ya semua,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya, semalam. – K! ONLINE

Loading...