Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sumbat Mayat Teman Wanita...

JOHOR BAHRU - Penemuan sebuah kotak berbau busuk di tepi jalan di kawasan...

Tujuh Kru Kapal Pemusnah...

TOKYO - Semua tujuh kru kapal perang Amerika Syarikat, USS Fitzgerald yang dilaporkan...

Akibat Aib Disindir, Tun...

KUASA viral netizen pro-Barisan Nasional akhirnya terbukti berjaya memalukan imej Tun Dr. Mahathir...

India Bakal Lancar Mata...

NEW DELHI – Bank Rizab India (RBI) dijangka memulakan pelancaran projek perintis Mata...

Aiman, Zahirah Sah Bergelar Suami Isteri

KUALA LUMPUR – Pelakon Aiman Hakim Ridza, 31 dan Zahirah Macwilson, 25, memilih tarikh 20.02.2020 untuk melangsungkan pernikahan mereka.

Pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara semalam.

Kedua-dua pasangan sejoli itu dinikahkan bapa kandung Zahirah iaitu Zainol Macwilson.

Zahirah menerima mas kahwin RM300, lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

Majlis pernikahan secara tertutup itu dihadiri oleh ahli keluarga pasangan itu, pihak pengurusan, teman rapat dan rakan media.


Majlis resepsi pasangan itu akan diadakan malam ini di lokasi sama.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu selepas tujuh bulan berkenalan.

Majlis Malam Berinai Zahirah yang berlangsung Rabu menjadi perhatian di media sosial dengan rata-rata memuji kecantikannya yang diibaratkan persis bintang Bollywood. – MalaysiaGazette

Kategori