Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kos Haji Dijangka Naik?

SYARIKAT yang mendapat lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) memastikan kos mengerjakan haji negara...

Tangguh Masuk Vaksin CanSino,...

ALOR SETAR - Kerajaan menangguhkan kemasukan vaksin Covid-19 jenis CanSino dari China berikutan...

Lelaki Maut Tercekik Donut,...

WASHINGTON DC - Seorang lelaki mati tercekik apabila melahap donut ketika pertandingan makan...

AS Hantar Bantuan AS$10j...

NEW YORK - Amerika Syarikat (AS) menyalurkan bantuan bernilai AS$10 juta (RM36 juta)...

Aiman Tolak Jumpa 4 Mata Dengan Damian Mikhail

SEBELUM INI penyanyi, Aiman Tino teruk dikecam oleh ahli kumpulan V.E iaitu Damian Mikhail kerana dikatakan mencemarkan muzik hip hop.

Tidak terhenti di situ, baru-baru ini Damian dikatakan telah memuat naik status sinis oleh peminat terhadap Aiman.

Susulan perkara itu, ramai pihak yang menggesa kedua-dua selebriti ini untuk bertemu empat mata bagi membincangkan isu yang dibangkitkan oleh Damian menerusi laman sosialnya.

Bagaimanapun, Aiman menolak gesaan itu malah lebih selesa mengambil langkah untuk tidak mahu memikirkan sangat berhubung hal berkenaan.

Penyanyi, Aiman Tino.

Aiman berkata, dia merasakan perkara itu tidak perlu dipanjangkan selain mengakui tidak kisah sekiranya terdapat pihak yang melontarkan pendapat negatif.

Aiman berpendapat demikian kerana baginya setiap orang mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa yang boleh dianggap sebagai seni.


“Saya rasa tak perlu pun untuk jumpa. Lagipun, saya tak kisah sekiranya ada pihak yang kecam atau mengkritik secara negatif. Masing-masing ada pendapat sendiri,” katanya dipetik sebuah portal online.

Ahli kumpulan V.E, Damian Mikhail.

Tambah Aiman lagi, apa yang paling penting buat masa sekarang ialah dia ingin meneruskan perjuangan muzik dan belajar untuk sentiasa terus ke hadapan.

Terdahulu, Damian dikatakan telah mengecam Aiman kerana dianggap seolah-olah hina muzik hip-hop menerusi percubaan pertama menyanyi rap dalam lagu Terasa Cinta nyanyian kakaknya, Fara Hazel. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori