Aidil Menangis Kerana Fasha Hamil

KUALA LUMPUR – Pelakon Aidil Aziz berkongsi berita gembira dengan netizen apabila memaklumkan isterinya, Fasha Sandha sedang hamil tiga minggu.

Berkongsi kegembiraannya itu bersama pengikutnya di Instagram Aidil ternyata terkejut mendengar Fahsha memaklumkan perkara itu ketika sesi fotografi di Shah Alam.

Dia yang tidak dapat manahan rasa terharu, menitiskan air mata sebaik mendengar berita gembira itu.

“Tangisan Ramadan. Dikejutkan masa photoshoot dekat studio @pinography. Terima kasih ALLAH, isteri dan keluarga,” tulis Aidil di laman sosial berkenaan.

Aidil turut memuatnaik surat yang dikirimkan oleh isterinya bagi memaklumkan kehamilan tersebut.

Fasha dan Aidil diijabkabulkan 30 Mac lalu.

Fasha juga memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu, iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. – MalaysiaGazette

Loading...