Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Harimau Malaya Patut Menang...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjangkakan pasukan...

PPM Rampas Peralatan Bom...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas peralatan bahan letupan ikan dan...

PM Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Pelatih PLKN Bakal Ikuti...

KUALA LUMPUR - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang kini dalam peringkat kajian...

AIA Public Takaful Sokong Program Race For Cover

KUALA LUMPUR – AIA Public Takaful Bhd (AIA Public) mengumumkan sokongannya terhadap program Race for Cover, insiatif Persatuan Takaful Malaysia (MTA) bagi mempromosikan kesedaran terhadap takaful kelurga kepada rakyat Malaysia.

Sebagai sebahagian usaha membantu memberi perlindungan kepada lebih banyak keluarga di Malaysia, syarikat berkenaan akan terus menawarkan penyelesaian perlindungan inovatif seperti pelan A-Life Signature-i dan A-Life Signature-i PlusOne.

Dilancarkan pada 2016, A-Life Signature-i, pelan sumbangan berasaskan pelaburan biasa, dibangunkan dengan hasrat memenuhi keperluan kewangan pelanggan yang inginkan perlindungan lebih tinggi kepada anggota keluarga sekiranya perkara tidak diduga berlaku kepada mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, AIA Public berkata, pemegang sijil A-Life Signature-i sedia ada boleh memanjangkan perlindungan takaful yang sama kepada pasangan atau anak mereka melalui pelan A-Life Signature-i PlusOne.

Bukan sahaja anggota keluarga yang menyertainya menerima manfaat sama seperti A-Life Signature-i, mereka juga akan menikmati sumbangan asas 10 peratus lebih rendah, selain menerima bonus kesetiaan pada penghujung tahun setiap sijil.

“Dalam kami melihat pertumbuhan permintaan untuk produk takaful dengan elemen pelaburan dan simpanan, perangkaan industri menunjukkan bahawa, rakyat Malaysia masih tidak dilindungi dengan purata jumlah perlindungan kurang daripada RM50,000, yang mana jauh lebih rendah daripada jumlah yang bersesuaian.

“Mengambil kira perkara ini, kami menambah A-Life Signature-i PlusOne kepada siri A-Life Signature-i bagi memastikan anggota keluarga terdekat disediakan kewangan yang mencukupi. Ini akan membolehkan mereka membuat pilihan dalam menentukan kualiti kehidupan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AIA Public, Elmie Aman Najas.


Satu lagi ciri utama siri Signature-i plan ialah, ia dapat digunakan sebagai kaedah untuk perancangan harta pusaka, yang mana pelanggan boleh memilih siapa penerima manfaat hibah bersyarat (hadiah) atau sebagai pelaksana.

“Pelan Signature-i mencerminkan nilai yang menyumbang kepada ketenangan fikiran pelanggan. Jika perkara tidak diduga berlaku, jumlah perlindungan daripada pelan berkenaan akan disediakan kepada anggota keluarga yang dikenal pasti sebagai warisan yang ditinggalkan,” tambahnya.

Pelan A-Life Signature-i dan A-Life Signature-i PlusOne menawarkan perlindungan yang tinggi dengan purata minimum perlindungan berjumlah masing-masing RM500,000 dan RM350,000.

Jumlah bayaran perlindungan akan digandakan jika pemegang sijil meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal atau sementara akibat kemalangan atau ketika mengerjakan Haji atau Umrah.

Untuk maklumat lanjut mengenai A-Life Signature-i dan A-Life Signature-i PlusOne, layari www.aia.com.my. – BERNAMA

Kategori