Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Blackberry Leap Boleh Didapati...

KUALA LUMPUR - Blackberry Leap yang baharu boleh didapati di Malaysia mulai 20...

“Saya Bukan Bodoh Mahu...

PETALING JAYA - Penyanyi Ainan Tasneem menegaskan tuduhan kononnya dia berkelakuan sumbang dikhalayak...

Polis Terengganu Terima MPV,...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menerima sebanyak 14 buah kereta peronda Polis (MPV)...

Usaha Tambah Taska Bantu...

JOHOR BAHRU - Usaha kerajaan untuk menambah bilangan taman asuhan kanak-kanak (taska) di...

Ahmad Zahid Nafi Terima Suapan RM42.76 Juta

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM42.76 juta bagi mengekalkan dan melanjutkan kontrak visa, lima tahun lalu.

Bagaimanapun bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengaku tidak bersalah.

Berdasarkan 26 pertuduhan yang pertama, Ahmad Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri, secara rasuah menerima suapan berjumlah S$9,320,000 daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (Ultra Kirana) sebagai upah baginya, untuk mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu visa luar negara (VLN) dan melanjutkan kontrak syarikat sama sebagai Pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China serta sistem VLN.

Ahmad Zahid, 66, juga mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan menerima suapan pelbagai matawang iaitu RM3,125,000, S$1,150,000, €15,000 dan $15,000 tanpa balasan daripada Ultra Kirana yang mana syarikat itu mempunyai hubungan kerja rasmi dengannya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Bayu Nyaman, Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 hingga Oktober 2017.

Pendakwaaan dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, Ahmad Zahid berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda suapan.

Pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar manakala Ahli Parlimen Bagan Datuk itu diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Kitsong Foong, Hamidi Mohd Noh dan Mohd Shahril Madisa.


Mohd Mukhzany Fariz menawarkan RM1 juta sebagai jaminan dengan mengambil kira jumlah keseluruhan nilai yang terlibat RM42.76 juta.

Kitsong membantah jaminan tersebut dan mencadangkan jumlah RM500,000 adalah memadai memandangkan anak guamnya telah dikenakan jaminan RM200,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Hakim Rofiah Mohamad membenarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes.

Semalam, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah S$4.24 juta daripada syarikat sama.

Pada 19 Oktober dan 14 Disember 2018 serta 20 Februari lalu, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan dengan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Kategori