Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kepala Tersangkut Dalam Mesin...

NIAT seorang lelaki di China yang ingin membaiki mesin basuh rosak bertukar malang...

RCI: Tiada Asas Tangguh...

SEMUA kes mahkamah akan diteruskan seperti yang dijadualkan dan diputuskan oleh mahkamah seperti...

Baru Selesai Bayar Ikat...

BARU selesai membayar wang ikat jamin untuk sembilan pertuduhan yang didakwa ke atasnya sebelum...

Kelantan Perlu Menang Tarik...

KOTA BHARU – Perlawanan menentang Perak di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu...

Ahmad Zahid Ketepikan Gesaan Bercuti

KUALA TERENGGANU – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau akan terus menerajui parti itu walaupun terdapat gesaan supaya beliau bercuti seketika daripada menjalankan tugas presiden.

Ahmad Zahid, yang kini berdepan 45 tuduhan rasuah dan pecah amanah, berkata kedudukan beliau hanya boleh diputuskan menerusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU), bukannya melalui cadangan atau peraturan yang tidak mengikut perlembagaan parti.

“Saya ambil keputusan untuk terus galas tugas Presiden UMNO bersama-sama timbalan, naib dan setiausaha serta kepimpinan sayap,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan khas bersama kepimpinan tertinggi UMNO Terengganu di sini hari ini.

Saya harap keadilan di dalam penentuan hala tuju politik kami dapat diterjemahkan dalam bentuk kesatupaduan dalam kalangan kita (UMNO) dan mandat yang kita lakukan biarlah (sehingga) tamat penggal pemilihan,” katanya.

Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO diketuai Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan meminta Ahmad Zahid untuk mempertimbangkan cadangan supaya beliau bercuti daripada menjalankan tugas presiden parti sehingga kesnya selesai di mahkamah.

Ahmad Zahid dipilih sebagai presiden baru UMNO bagi tempoh 2018-2021 pada pemilihan parti Jun lepas. – BERNAMA

Kategori