Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pas Sedia Terima Amanah...

KOTA BHARU : Pas bersedia untuk menerima Parti Amanah Negara (Amanah) menyertai Muafakat...

Rusia, Ukraine Setuju Laksana...

KIEV – Moscow dan Kiev hari ini bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata selama...

Senapang Patah Ditemukan Di...

BESUT - Seorang pekebun menemukan selaras senapang patah ketika menebas kawasan semak di...

Satu Mayat Nelayan Dari...

KUANTAN - Satu mayat daripada enam krew yang hilang selepas bot tunda mereka...

Ahmad Zahid Jumpa Mahathir Sempena Ramadan

PUTRAJAYA – Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini pada Khamis.

Menerusi perkongsian dalam laman sosial Facebook Ahmad Zahid pada Khamis, beliau memaklumkan bahawa pertemuan tersebut dibuat bersempena bulan Ramadan.

“Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak saya telah bertemu dengan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

“Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua,” kata beliau yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu secara ringkas dalam akaun Facebook tersebut.

Status dimuat naik pada pukul 12.15 tengah hari itu turut menarik minat netizen apabila menerima lebih 5,000 tanda suka dan dikongsi hampir 2,000 kali dalam masa dua jam.


Difahamkan ini pertemuan rasmi pertama antara Ahmad Zahid dan Mahathir selepas BN mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Umum lalu. – Sinar Harian

Kategori