Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perpaduan Masyarakat Perlu Diberi...

SANDAKAN - Aspek perpaduan masyarakat dan keamanan negara perlu diberi penekanan dalam melaksanakan...

Penumpang Cedera, Pesawat American...

CHICAGO - Beberapa orang dilaporkan cedera apabila sebuah pesawat American Airlines terbakar ketika...

Video: Belasah, Tikam &...

SINGAPURA - Seorang lelaki dirakam membelasah isterinya secara bertubi-tubi dalam kejadian pagi Sabtu...

Pelakon Hantu Kak Limah,...

DUNIA hiburan kehilangan seorang pengiat seni apabila pelakon yang pernah membintangi filem Hantu Kak...

Ahmad Zahid Dibawa Ke Mahkamah

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dibawa keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Presint 7, di sini pada jam 7.36 pagi tadi untuk dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Ahmad Zahid dilihat menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dengan diiringi beberapa kenderaan lain.

Sumber berkata, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dijangka berdepan lebih 40 pertuduhan membabitkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 membabitkan nilai lebih RM100 juta.

Beliau ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebuah yayasan.

Ahmad Zahid ditahan SPRM kira-kira jam 3.15 petang semalam selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini untuk disoal siasat.

Sebelum ini, Ahmad Zahid dipanggil empat kali oleh SPRM bagi membantu siasatan kes sama

Pada 2 Julai lalu, Ahmad Zahid pertama kali dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan siasatan penyelewengan dana yayasan itu yang dikaitkan dengan beliau untuk digunakan menjelaskan hutang kad kredit milik beliau dan isterinya.

Pada 3 Julai pula, beliau dipanggil buat kali kedua dan selepas memberi keterangan hampir 7 jam, Ahmad Zahid menjelaskan kepada media tiada sebarang penyelewengan berlaku ke atas dana Yayasan Akal Budi yang dikendalikan keluarganya itu.


Katanya, apa yang berlaku sebenarnya ialah kesilapan pegawainya yang membuat pembayaran kad kredit dengan menggunakan duit yayasan dan bukannya menggunakan cek peribadi.

Ahmad Zahid berkata, beliau sudah menjelaskan perkara itu kepada SPRM dan bayaran balik ke akaun yayasan sudah dibuat sepenuhnya pada 2016.

Namun, pada 10 hingga 12 Oktober, Ahmad Zahid dipanggil berturut-turut selama tiga hari bagi memberi keterangan berhubung dakwaan sama.

Turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi siasatan berhubung dakwaan sama ialah anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah, adik Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi dan menantu Ahmad Zahid, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff .

SPRM juga pernah memanggilnya sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau bertemu dengan kerabat Arab Saudi yang dikatakan memasukkan wang RM2.6 bilion ke akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – BH ONLINE

Kategori