Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Abdul Hadi Dibenar Keluar...

SETELAH hampir sebulan mendapat rawatan intensif pakar di Institut Jantung Negara (IJN) di...

Majlis Keselamatan Kutuk Ujian...

NEW YORK, PBB - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengutuk...

Isa Samad Dibebaskan Selepas...

PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, yang direman lima hari...

Gambar Altantuya Dengan Razak...

DEDAH... Sepupu Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi di Shah Alam bahawa gambar wanita...

Ahmad Maslan Calon Ganti Azalina Sebagai Timbalan Speaker

PETALING JAYA – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merupakan satu-satunya calon dari blok kerajaan untuk dicalonkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat baharu bagi mengantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletakkan jawatan.

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang mengadakan pertemuan dengan Ahmad berhubung pencalonan itu dan Ahli Parlimen Pontian tersebut menyatakan persetujuan.

“Betul, Datuk Seri Ahmad Maslan menjadi calon bagi blok kerajaan untuk Timbalan Speaker dan kita telah bertemu dengannya dan beliau bersetuju.

“Saya berharap pencalonan ini diterima semua wakil rakyat kerajaan termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pihak pembangkang termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kedudukan Yang Dipertua Dewan Rakyat dipercayai tidak berubah dengan Datuk Azhar Azizan Harun kekal manakala jawatan timbalannya yang kosong akan diisi oleh Ahmad. – K! ONLINE

Kategori