Ahmad Hamzah Kekal Ahli Parlimen Jasin

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengesahkan kemenangan Barisan Nasional di Parlimen Jasin pada pilihan raya umum tahun lepas.

Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat, semasa mengekalkan keputusan hakim pilihan raya berkata, perayu, Khairuddin Abu Hassan, gagal membuktikan kesnya.

“Walaupun terdapat beberapa kes ketidakpatuhan undang-undang pilihan raya, hasilnya tidak menjejaskan keputusan pilihan raya,” kata Tengku Maimun, yang mengetuai barisan 5 anggota, semasa membuang rayuan Khairuddin.

Hakim juga mengarahkan Khairuddin membayar kos RM30,000 kepada wakil rakyat BN, Ahmad Hamzah dan RM50,000 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan pegawai pengurus, Zamrud Yahya.

Khairuddin, bekas ketua bahagian UMNO, tewas dengan margin 219 undi dalam pertandingan 3 penjuru.

Ahmad mempertahankan kerusi BN itu selepas meraih 26,560 undi berbanding Khairuddin (26,341), dan calon PAS, Abd Alim Shapie (8,860). – FMT

Loading...